Header Ads

Kenakan Caj 10% Bagi Setiap Bantuan, Keikhlasan PPIM Dipersoal

Kenakan Caj 10% Bagi Setiap Bantuan, Keikhlasan PPIM Dipersoal

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi khususnya kepada pengguna media sosial. Semua orang kenal dan tahu apa yang diperjuangkan oleh PPIM ini.

PPIM merupakan sebuah persatuan yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam di Malaysia.

Satu demi satu kes yang melibatkan penipuan di Malaysia berjaya diperjuangkan oleh persatuan ini antaranya adalah kes penipuan perniagaan sewa kereta, kes ahlong, ke penipuan perumahan DBI dan banyak lagi kes-kes lain.

Umum mengetahui kumpulan aktivis PPIM ini memperjuangkan hak kepenggunaan Islam di Malaysia. Yusof Azmi iaitu Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM merupakan salah seorang aktivis yang dilihat menonjol dalam PPIM ketika ini.

Terbaru, muncul persoalan apabila beberapa keping gambar mengenai PPIM mengenakan caj 10% ke atas orang yang dibantu. Benarkah mengenai ini?

PPIM Tolong Orang Bukan Percuma Tapi Kenakan Caj 10%

PPIM Tolong Orang Bukan Percuma Tapi Kenakan Caj 10%

PPIM Tolong Orang Bukan Percuma Tapi Kenakan Caj 10%

Mengikut semakan kami di laman web PPIM yang dikhaskan untuk kes Ahlong PPIM ada menyatakan syaratnya antaranya adalah seperti di bawah:

Caj 10% PPIM


Adakah PPIM Mengenakan Sebarang Bayaran?

PPIM (melalui biro yang dilantik) mengenakan yuran (maksima) 10% dari jumlah yang berjaya dirunding.

Yuran ini bagi kos pentadbiran, pengurusan, penyediaan dokumentasi, semakan awal, siasatan terperinci, konsultasi, rundingan, perjalanan dan sebagainya.

Pengadu dijamin mendapat penjimatan setelah rundingan berjaya dilakukan, sebagai contoh:

Tuntutan Ahlong: RM10,000.00
Hasil Rundingan: RM5,000.00
Yuran (Maksima): RM500.00
Jumlah Penjimatan Pengadu: RM4,500.00


Bagi pendapat kami rasanya tidak salah untuk mengenakan caj kepada orang yang ditolong kerana tiada benda yang percuma di dalam kehidupan sekarang ini. Jika difikir secara logik bagaimana PPIM mahu beroperasi tanpa dana?

Caj 10% PPIM

10% caj yang dikenakan tidaklah terlalu membebankan para pengguna kerana aktivis ini juga ada anak isteri yang perlu mengisi perut.

(Baca: PPIM Perjelas Isu Caj Bayaran 10%)

No comments:

Powered by Blogger.