Header Ads

Isu Caj 10%, Ini Jawapan PPIM

Isu Caj 10%, Ini Jawapan PPIM

Yusuf Azmi, Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjelaskan bahawa tidak semua kes dikenakan caj pengurusan dan jika ada, bayaran bergantung kepada budi bicara berdasarkan kes, ketika diminta mengulas isu caj 10% bagi penyelesaian kes ah long.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita tidak mempunyai dana khusus untuk berurusan dengan ah long atau kes lain. Caj yang dikenakan juga dipersetujui pengadu. Kita ada kos operasi, pengurusan, termasuk bayaran gaji kakitangan yang bertugas,” katanya.

Ujar Yusuf Azmi, ia adalah prosedur operasi standard (SOP) untuk smua aduan dan dipersetujui antara pengadu dengan pihaknya sebelum rundingan dengan ah long dimulakan.

Malah, dalam kebanyakkan kes tiada caj pengurusan yang dikenakan, namun ia bergantung kepada hasil rundingan setiap kes lapor Harian Metro.

“Sebagai contoh, ada satu kes di mana pengadu meminjam RM10,000, along tuntut RM100,000 atas alasan kadar bunga dan sebagainya.

“Kita runding dengan ah long dan capai jalan penyelesaian, kita bayar RM2,000 saja misalnya. Jadi kita bukan caj atas jumlah RM10,000, tapi dikira daripada rundingan akhir RM2,000, bermakna RM200,” katanya lagi.

“Dalam sepuluh kes, hanya satu atau dua saja yang kita kenakan caj pengurusan kepada mangsa dan itu bergantung kepada budi bicara berdasarkan kes.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita tidak mempunyai dana khusus untuk berurusan dengan along atau kes lain. Caj yang dikenakan juga dipersetujui pengadu. Kita ada kos operasi, pengurusan, termasuk bayaran gaji kakitangan yang bertugas,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi.

Beliau mengulas tular di media sosial mengenai caj sepuluh peratus bagi penyelesaian kes along.

Menurutnya, itu adalah prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aduan dan ia dipersetujui sebelum proses rundingan dengan along dimulakan.

Katanya, dalam kebanyakan kes, tiada caj dikenakan ke atas pengadu mengambil kira kedudukan kewangan, namun ia bergantung kepada hasil rundingan setiap kes.

PPIM Perjelas Isu Caj Bayaran 10%

Katanya, ada juga kes di luar Kuala Lumpur yang sudah tentu memerlukan belanja perjalanan termasuk minyak dan tol, dan di situlah kos pengurusan yang dikenakan kepada pengadu digunakan.

“Tapi apa yang boleh saya katakan, daripada lebih 1,000 kes yang kita bantu selesaikan pada tahun ini, hanya berapa puluh saja yang kita caj. Ada yang pengadu sendiri nak sedekah, kita terima kerana kita pun bukannya ada duit.

“Banyak rakan perniagaan PPIM juga membantu menyumbang. Ada yang bagi sebulan sekali, ada yang bagi ‘one off’, saya juga ada perniagaan sendiri. Ini yang membantu menggerakkan unit ini,” katanya.

Tambah Yusuf Azmi, UTK PPIM dibantu lebih 30 kakitangan bagi menguruskan puluhan kes setiap hari. Jadi, mereka juga memerlukan kos untuk pergerakan dan perbelanjaan ketika berurusan dengan ah long.

Malah, ada beberapa kes yang dibawa ke PPIM berlaku di luar Kuala Lumpur yang menuntut belanja perjalanan termasuk minyak dan tol. Justeru, kos tersebutlah yang dikenakan kepada pengadu sebagai kos pengurusan.

“Tapi apa yang boleh saya katakan, daripada lebih 1,000 kes yang kita bantu selesaikan pada tahun ini, hanya berapa puluh saja yang kita caj. Ada yang pengadu sendiri nak sedekah, kita terima kerana kita pun bukannya ada duit.

“Banyak rakan perniagaan PPIM juga membantu menyumbang. Ada yang bagi sebulan sekali, ada yang bagi ‘one off’, saya juga ada perniagaan sendiri. Ini yang membantu menggerakkan unit ini,” katanya.

Yusuf Azmi turut meminta kepada orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi sekretariat UTK PPIM di talian 019-9130000 atau 013-220 1565.

Tidak Semua Kes PPIM Kenakan Bayaran, Bergantung Kepada Budi Bicara Kes.

No comments:

Powered by Blogger.