Raja Petra Kamaruddin Dedah Untung RM1.5 Juta Kerana Mahathir
"Saya Untung RM1.5 Juta Setahun Kerana Mahathir" - RPK | KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi kekayaan kepada ramai proksi beliau tanpa mengira latar belakang kaum sewaktu era pemerintahan beliau.
Blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin berkata, sewaktu pemerintahan Mahathir, syarikat-syarikat pelaburan menjual ekuiti bernilai rendah dengan harga murah dan menjual kembali saham tersebut dengan harga belipat ganda lebih tinggi.
"Sebenarnya, saya juga dapat 'pink form' (saham) pada 1980-an dan saya dapat untung lebih dari RM1.5 juta daripadanya. Dan saya hanya perlu keluarkan modal RM250,000 dan bank memberi saya pinjaman RM1 juta untuk membayar selebihnya.
"Dan saya dapat untung RM1.5 juta dalam masa satu tahun," katanya dalam entri blog beliau.
Raja Petra berkata demikian sebagai mengulas aduan sesetengah pihak mengatakan 1MDB mendapatkan asetnya dengan nilai rendah dan menjualnya dengan harga mahal.
"Jadi kenapa? 1MDB milik kerajaan. Pelaburan tersebut kembali semula kepada kerajaan.
"Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tabung Haji dan ratusan lagi entiti milik kerajan (negeri dan persekutuan), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), unit amanah, dan sebagainya mendapatkan asetnya dengan harga murah sejak lama dahulu sebelum Polisi Ekonomi Baru (PEB) dilancarkan 45 tahun lalu," katanya.
Tambah beliau, apa yang dilakukan 1MDB adalah normal dan Mahathir seharusnya sedar akan sistem ekonomi ciptaannya ini.
"Sewaktu Dewan Perniagaan Melayu cawangan Terengganu disaman oleh bank dan berdepan dengan bankrap saya mendapatkan 'pink form' untuk mereka dan selepas proses rasionalisasi dan pengurangan hutang dijalankan, Dewan Perniagaan mendapat lebihan wang hampir RM1 juta," katanya lagi.
No comments: