Header Ads

Ananda Krishnan Dikehendaki di India Susulan Kes Skandal Maxis

Skandal Maxis: Ananda Krishnan Dikehendaki Di India | KUALA LUMPUR: Biro Penyiasatan Pusat (CBI) India dilaporkan masih berusaha untuk menggunakan kaedah diplomasi bagi mengekstradisi ahli perniagaan T Ananda Krishnan ke India selepas mahkamah negara tersebut mengeluarkan saman terhadap pemilik syarikat telekomunikasi itu.

Laporan Goa Chronicles tahun lepas mendakwa, Ananda dikehendaki di India selepas dituduh melakukan skandal penipuan dalam usahasama antara Maxis dengan syarikat tempatan, Aircel Limited.

Ananda Krishnan Dikehendaki di India Susulan Kes Skandal Maxis

Mahkamah India menerusi seksyen 120-B Akta Pencegahan Rasuah juga telah mengeluarkan saman baru pada Mac 2015 dengan menamakan Ananda; Pengarah syarikat milik Ananda, Agustus Ralph Marshall; Maxis dan Aircel sebagai defendan selepas CBI gagal mengemukakan saman kepada mereka pada Oktober 2014.

CBI sehingga kini dilaporkan masih gagal meyakinkan kerajaan Malaysia untuk mengekstradisi Ananda ke India sungguhpun kedua-dua negara sudah menandatangani Perjanjian Bantuan Perundangan Dua Hala (MLAT) bagi memerangi jenayah antarabangsa.

Skandal tersebut bermula selepas Global Communication Services Berhad - milik Maxis membeli 65 peratus pegangan didalam Aircel dan 25.17 peratus saham Deccan Digital Works.

Deccan Digital kemudiannya membeli baki 35 peratus saham Aircel.

Hasil pembelian saham tersebut memberikan 99.3 peratus pegangan Maxis Corporation Berhad ke atas syarikat telekomunikasi tempatan dimana India menerusi Lembaga Promosi Pelaburan Asing menghadkan kepada 74 peratus sahaja.

Saham tersebut kemudian bertukar tangan kepada Maxis Group yang membeli 74 peratus pegangan Aircel menerusi pelbagai anak syarikat milik Ananda Krishnan.

No comments:

Powered by Blogger.