Header Ads

Buat Majlis Tunang Macam Majlis Kahwin, Ini Penjelasan Sufian Suhaimi

Buat Majlis Tunang Macam Majlis Kahwin, Ini Penjelasan Sufian Suhaimi

Majlis pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy baru-baru ini telah pun dikritik oleh netizen. Ini kerana majlis tersebut berlangsung dengan penuh gilang gemilang, siap tukar baju 2 persalinan. 

Namun biasalah orang kita ini memang kuat dengki sikit. Sukar nak bergembira atas kegembiraan orang lain. Untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, Sufian Suhaimi tampil menjelaskan mengapa majlis pertunangannya nampak gah.

Penjelasan Sufian Suhaimi Isu Majlis Tunang Dikritik Macam Majlis Kahwin

Katanya:-

Mengikut perancangan awal, kami memang mahu mengadakan majlis bertunang secara kecil-kecilan, dengan hanya membabitkan insan terdekat seperti keluarga masing-masing. Bagaimanapun, Elfira sudah lama berada di pentas seni, jadi ramai juga kenalan rapatnya termasuk artis dan rakan media dijemput. Justeru, liputan yang diterima cukup meluas. Majlis itu sendiri kelihatan gah dan meriah apabila ada banyak pihak sudi bekerjasama. Acara itu akhirnya menjadi lebih besar daripada apa yang dirancang

Saya ke rumah Elfira pun selepas majlis pertunangan selesai. Ketika acara bertunang juga, tiada liputan media kerana mereka cuma diundang selepas selesai majlis sebenar. Jadi, apabila saya datang kemudian berada di situ, banyak gambar kami berdua yang diambil dan dikongsi oleh pihak media serta tetamu lain lapor Berita Harian.

Buat Elfira dan Sufian, persetankan kata-kata orang lain tentang majlis anda. Yang penting anda berdua telah selamat bertunang. Untuk makluman, mereka berdua merancang untuk disatukan sebagai suami isteri pada Mac 2018. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Sama-sama kita doakan.

No comments:

Powered by Blogger.