Header Ads

“Orang Arab jawab telefon kata ‘No English’ lalu terputus talian”

Pengalaman anak jemaah haji yang masih dilaporkan hilang cuba hubungi talian pertanyaan | “Saya cuba menghubungi telefon bimbit ibu beberapa kali semalam namun hanya berbunyi bising dan dijawab individu berbahasa asing yang memberitahu ‘No English’ lalu terputus talian,” kata Noor Farehah Abu Bakar, 35, anak jemaah haji yang masih dilaporkan hilang, Zainun Taha, 69.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia membuat panggilan berkenaan pada 12.30 tengah hari, 4.30 petang dan 10.30 malam tadi memetik Harian Metro.

“Orang Arab jawab telefon kata ‘No English’ lalu terputus talian”
NOOR Firihah Abu Bakar, anak keempat Zainun Taha tidak dapat menahan perasaan sedih ketika lawatan pengurusan Tabung haji ke rumah mangsa. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

“Pada awalnya, saya gagal menghubungi telefon bimbit itu dan terus menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan supaya mengangkatnya atas urusan kecemasan.

Pengalaman anak jemaah haji yang masih dilaporkan hilang cuba hubungi talian pertanyaan
(Dari kiri) Noor Filzah Abu Bakar, Kamarul Idzham Abu Bakar, Kamarul Idzuan Abu Bakar dan Noor Farehah menunjukkan gambar ibu mereka yang masih hilang selepas tragedi kren tumbang di Tanah Suci. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

“Malam tadi, panggilan akhirnya dijawab seseorang dipercayai dalam bahasa Arab dan suasana ketika itu kedengaran agak bising sebelum terputus talian,” katanya ketika ditemui di kediaman ibunya itu di Bukit Antarabangsa di sini, hari ini.

Menurutnya, dia reda dengan kejadian itu dan sentiasa mendoakan ibunya selamat kembali ke pangkuan keluarga.

(Terbaharu: "Tabung Haji sahkan ibu kami terkorban")

No comments:

Powered by Blogger.