Header Ads

10 Negara Paling Bernafsu

Senarai Negara Paling Bernafsu | KUALA LUMPUR: Selepas mencuri tumpuan masyarakat global berikutan pelbagai isu kontroversi yang melanda negara termasuk membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan keputusan liwat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal tahun ini, nampaknya ada sesuatu yang boleh ‘dibanggakan’ oleh rakyat Malaysia.

Menurut kajian yang dijalankan oleh sebuah laman sesawang popular, askmen.com baru-baru ini mendedahkan Malaysia berada dikedudukan ketujuh di antara sepuluh negara paling bernafsu di dunia.

Menerusi pendedahan tersebut, Malaysia merupakan satu-satunya negara Asean yang dimasukkan ke dalam senarai berkenaan yang mana kedudukan pertama adalah milik negara Greece.

10 Negara Paling Bernafsu

Berikut merupakan senarai sepuluh negara paling bernafsu;

10. Mexico

Menurut satu kajian pada 2014, negara ini merupakan antara negara yang paling berpuas hati terhadap seksual.

Golongan muda dinegara ini dikata mempunyai ransangan seks yang terlalu aktif sehingga pada tahun 2008, kerajaan mengambil inisiatif mengedarkan 700,000 salinan buku pendidikan seks supaya remaja lebih bertanggungjawab dalam melakukan hubungan seks.

9. Switzerland

Satu kajian pada 2013 mendapati sebanyak 21 peratus yang menikmati seks dalam hidup mereka disifatkan sebagai menjalani kehidupan yang ‘sangat baik’. Manakala, 20 peratus lagi mendedahkan bahawa mereka lebih gemar mengadakan hubungan seks diluar (melanggan pelacur).

Bagaiamanapun, ia bukan suatu yang mengejutkan memandangkan undang-undang di negara tersebut membenarkan kegiatan pelacuran dan mereka lebih berpandangan liberal terhadap pornografi.

8. Sepanyol

Ibu kota Barcelona dikatakan sebagai tempat paling seksual di dunia, selain ia disokong oleh budaya yang membenarkan kehidupan seks yang sihat.

7. Malaysia

Walaupun Malaysia kelihatan seperti sebuah negara konservatif, perbincangan mengenai seks dibuat secara terbuka, sebagai contoh sama ada mahu memperkenalkan pendidikan seks di sekolah atau tidak.

6. Itali

Budaya seks di negara ini tidak hanya aktif dalam kalangan orang muda, bahkan satu tinjauan juga mendedahkan bahawa sebanyak 32 peratus daripada warga emas yang berusia dalam lingkungan 60-an turut kerap melakukan hubungan seks.

5. Poland

Seks turut menjadi keutamaan kepada negara ini. Tambahan, dengan kewujudan festival tahunan yang mempamerkan penggunaan alat seks dan mekanisme dalam melakukan hubungan tersebut telah menjanjikan suatu kesoronakan dalam kalangan masyarakat.

4. China

Populasi pendudukan di China telah membuktikan bahawa mereka ‘sukakan seks’.

Selain pengangjuran festival seks tahunan, sebanyak 5,000 kedai menjual peralatan seks juga dilaporkan telah dibukan di negara tersebut dalam tempoh lapan tahun ini.

Maka, ia bukan perkara yang mengejutkan apabila hampir 70 peratus daripada alat bantuan seks dihasilkan di China.

3. Rusia

Kajian mendedahkan bahawa wanita Rusia antara yang paling aktif melakukan hubungan seks iaitu dianggarkan sebanyak 12 kali setiap bulan.

2. Brazil

Seks adalah perkara besar di Brazil dan karnival samba mereka di penuhi dengan wanita dan lelaki yang berpakaian yang seksi dan menghairahkan.

Kajian pada 2014 mendapati, pasangan kekasih di Brazil mempunyai stamina yang kuat (melakukan seks).

1. Greece

Pendudukan Greece purba menyukai seks bebas dan tradisi ini diteruskan sehingga sekarang.

Kajian pada 2012 menunjukkan, purata rakyat Greek mengadakan hubungan seks sebanyak 164 kali dalam tempoh setahun.

Mereka mencuba pelbagai perkara seperti melakonkan fantasi seksual dan juga melakon watak sebagai sebahagian daripada aktiviti seks mereka.

No comments:

Powered by Blogger.