"Tabung Haji sahkan ibu kami terkorban"
Tabung Haji sahkan pemergian ibu kami buat selama-lamanya | “Penantian akhirnya terjawab. Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan mendoakan rohnya tenang di sana,” kata Noor Farehah Abu Bakar, 35, anak bongsu jemaah haji yang dilaporkan terkorban, Zainun Taha, 69.
Menurutnya, dia mengetahui berita sedih itu selepas dimaklumkan pegawai Tabung Haji (TH) menerusi panggilan telefon pada jam 2.40 pagi tadi memetik Harian Metro.
“Kami sememangnya sudah bersiap sedia menerima apa jua berita mengenai ibu selepas mengetahui beberapa jemaah sudah disahkan terkorban dalam tragedi itu.
“Penantian penuh debar itu akhirnya terjawab apabila abang (Kamarul Idzuan) menerima panggilan telefon daripada Tabung Haji mengesahkan pemergian ibu kami buat selama-lamanya di Tanah Suci itu,” katanya ketika ditemui di kediaman ibunya itu di Bukit Antarabangsa di sini, hari ini.
Noor Farehah berkata, keluarga akan melakukan tahlil selama tiga malam di surau kondominium itu.
No comments: