Header Ads

Kisah Doktor Yang Bersuamikan Ustaz Namun Adalah Gay

Kisah Doktor Yang Bersuamikan Ustaz Namun Adalah Gay

BISMILLAHIRRAHMANIRRAAHIM…

ASSALAMUALAIKUM WBT…

Sebelum saya berkongsi kisah sahabat saya ini, Saya ingin mengucapkan syukur pada Allah kerana berikan masa dan waktu untuk saya tulis di laman social ini sebagai pengajaran buat semua.

Saya merupakan seorang yang sering ditanya oleh sahabat-sahabat perihal masalah rumah tangga.

Dan kisah rumah tangga yang saya dapati kali ini, amat pelik bagi kehidupan saya. Tetapi saya amat bersyukur kerana dengan adanya masalah yang dikongsi oleh sahabat saya itu, sedikit sebanyak menambahkan ilmu saya berkaitan masyarakat di sekeliling kita mahupun di luar sana yang SEMAKIN PARAH DAN SAKIT IMAN.

Kisahnya begini;

Sahabat saya merupakan seorang doktor (Dr Nur – bukan nama sebenar) yang bertemu jodoh dengan seorang ustaz (ustaz Abu – bukan nama sebenar). Betapa bahagianya Dr Nur berkahwin dengan seseorang yang boleh membimbing dirinya. Dr Nur juga orangnya lebih ‘ustazah’ berbanding sahabat-sahabat yang ambil bidang agama di tempat kami belajar sama-sama dulu. Sifatnya yang lemah lembut, baik dengan semua orang, bijak memang disukai ramai. Semua sahabat-sahabat tempat pengajian mengenali Dr Nur seorang yang sentiasa membaca Al-Quran, solat sunat dan bangun Qiamulail. Sepanjang bersahabat dengannya, Dr Nur banyak mengamalkan amalan zikir dan selawat. Qasidah-qasidah memuji dan selawat nabi itulah yang diminatinya.

Mungkin sebab itulah, Dr Nur bukan saja bijak, bagi saya akhlak mulianya memancarkan’ cahaya’ diwajahnya. Amat sesuailah kalau ustaz Abu menjadikan dirinya isteri.

Sepanjang perkenalan, tiada masalah dalam rumah tangga. Bagi saya, Dr Nur bahagia disamping ustaz Abu. Lebih-lebih lagi bila dah dapat 2 orang cahayamata (lelaki & perempuan). Saya nampak bertambah-tambah bahagia.Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan rebut petir di waktu malam. Suatu hari, terkejut saya bila Dr Nur telefon saya. Saya sudah lama tidak berhubung dengan saya. Katanya dia nak ceritakan sesuatu masalah untuk dapatkan pendapat saya. Saya minta dia teruskan.

Luahan Seorang Doktor Bersuamikan Seorang Ustaz Yang Merupakan Seorang Gay

Menurut cerita Dr Nur, 2 dan 3 bulan kebelakangan ini, dia melihat sesuatu yang pelik dalam rumah tangganya. Ustaz Abu sering tidur di luar bilik. Banyak tidur di sofa dekat ruang tamu. Ustaz Abu jarang tidur di bilik. Handphone Dr Abu sentiasa di tangannya. Anak-anak memang tidur sekali dalam bilik. Keduanya masih kecil. Itupun, ustaz Abu yang minta anak-anak tidur dalam bilik bimbang waktu malam anak-anak terkejut, mereka tidak sedari. Dr Nur akur dengan perintah suami dia.

Tapi, lain pula kejadiannya, ustaz Abu yang sebelum ini selalu ajak solat Jemaah bersama, sudah berubah. Solatnya pun jarang dilihat oleh Dr Nur. Bila ditanya, ‘abang, solat tak lagi?’ jawabnya sudah solat. ‘solat dimana?’ jawabnya di ruang tamu.

Dr Nur tidak merasa syak apa-apa sebelum ini, cumanya dalam hati kecilnya merasa sesuatu yang pelik. Ustaz Abu masih meneruskan urusannya di tempat kerja sebagai guru agama di sekolah pagi, malamnya ke kelas pengajian AlQuran. Dr Nur tahu sebelah tengahari hingga petang suaminya di rumah. Tetapi Dr Nur masih ditempat kerja kerana waktu balik tidak sama dengan suaminya. Balik kerja pukul 5.00 petang dan ambil anak-anak di rumah pengasuh pula selepas itu, hampir pukul 7 .00 malam baru sampai di rumah.

Kadang keletihan Dr Nur letak tepi, terus dilayan baik suaminya sebelum ke tempat kerja. Masak untuk makanan suami sebelum kerja malam.betapa hebat doktor ini! Sebelum Ustaz Abu ke kelas Al-Quran, selalu menjadi rutin dia berpesan kepada Dr Nur supaya baca Al-Quran selepas maghrib sebelum tunggu isyak dan ajarkan anak-anak baca IQra’ dan alif ba ta. Bahagia Dr Nur dapat suami yang sentiasa ingatkan berkaitan Quran dan tak lupa juga berkaitan aurat. Seringkali suaminya meminta memakai purdah, akhirnya dia doktor yang berpurdah di tempat kerja. Akur perintah suami. Stokin dan sarung lengan sentiasa di pakai. Aurat Dr NUr memang ‘tip-top’ dijaga.

Malam itu, suaminya tertinggal handphone di ruang tamu. Dr Nur tengok dan buka. Dia dapati ada password (sebelum ini tiada password), dia cuba dengan beberapa nombor sebagai password. Akhirnya, Dr Nur dapat buka dengan mencuba nombor lahir anak sulungnya. Bermula saat Dr Nur buka handphone suaminya itulah, TERBONGKAR SEGALA RAHSIA! Suaminya mempunyai aplikasi WECHAT, sedangkan Dr Nur sendiri tak ada aplikasi tu. Biasanya WHATSAPP dan TELEGRAM sahaja. Dr Nur gagahkan hati untuk buka satu persatu mesej-mesej WECHAT dalam handphone suaminya. Betapa luluh dan luruh hatinya. Menangis semahu-mahunya.Ustaz Abu curang!

Boleh tak kalian bayangkan, seorang ustaz yang dipercayai dan dihormati ramai mempunyai WECHAT untuk memuaskan nafsu. Tetapi nafsu songsang! Group WECHAT ustaz adalah seperti ‘PLUMALAYSIA, GAYLOVE, PLU, PEOPLE LIKE US dan macam-macam lagi. Ustaz juga berpersonal mesej dengan kenalan-kenalan WECHAT dan bermesej lucah. Antara perkataan-perkataan yang dikongsi dalam perbualan WECHAT (hal ini menyebabkan saya sendiri men-google dan mencari maksud perkataan ini yang saya sendiri tidak memahaminya) adalah ‘PLU’, ‘FLEX’, ‘MAKE FUN’, ‘TOP’, ‘BOTTOM’, ‘VC LANCAP’ dan sebagainya perkataan-perkataan singkatan lucah digunakan! Ini masalah dosa besar. BISEKSUAL! Mempunyai perasaan pada lelaki mahupun perempuan!

Dr Nur sangat terkejut dan dia tidak sangka suaminya seorang ustaz yang tidak jujur dan curang. Segala KELAKUAN PELIK suami seperti sering tidur dengan kain pelikat di ruang tamu TERBONGKAR. Nampak padanya beragama, tetapi melakukan dosa besar yang merosakkan iman. Dr Nur menarik nafas dalam-dalam dan malam tu dia jadi seperti tidak keruan. Terus dia mengambil wuduk dan solat taubat. Dia memikirkan mungkin salah dirinya, dosanya dia diuji begini. Dr Nur pandang wajah tidak berdosa anak-anak. Bertambah sedih dan menangis dirinya. ‘Ya Allah, jauhi keturunan ku dari dilaknat Allah!’.

Atas nasihat saya, saya minta dia mencari masa yang sesuai dan berterus terang dengan suaminya.

Tak lama selepas itu, Dr Nur beritahu dia telah bercerai dengan suaminya! ASTAGHFIRULLAH.. NAUZUBILLAH…Katanya, masalah suaminya telah tersebar dan bawa kepada mak ayah mertua Dr Nur / mak ayah ustaz Abu sendiri. Selepas Dr Nur beritahu apa yang dia Nampak di handphone suaminya, suaminya kata dia minta maaf dan insaf. Akan segera bertaubat dan buang aplikasi WECHAT tersebut. Maka, Dr Nur percayakan suaminya. Namun, rupanya Ustaz Abu menipu!

Kisahnya, sewaktu di klinik, Dr Nur ditemui seorang budak lelaki (Hakim) lingkungan umur 19 tahun yang belajar di kolej sebelah klinik tempat kerja Dr Nur. Hakim katanya demam dan sakit kepala. Waktu tengah check-up. Hakim terpandang gambar suami atas meja Dr Nur. Katanya, dia pernah bertemu lelaki ini. Katanya dua hari lepas baru jumpa. Dan sebelum-sebelum ini selalu jugak keluar bersama. Hakim agak terkejut kerana tidak percaya bahawa lelaki pada gambar itu adalah suami Dr Nur. Dr Nur minta hakim jujur dan cakap perkara sebenar.

Mulanya, hakim tidak mahu teruskan. Tapi akhirnya, dia berkongsi cerita yang sangat MENGEJUTKAN. Hakim kata, lelaki ini kenalan WECHAT nya. Dia kenal dalam group. Lelaki ini antara yang aktif dalam group ‘PLU’. Lelaki ini pernah buat video call tunjuk anu masing-masing, pernah vc lancap dan akhirnya diajak keluar bersama. Hubungan songsang mereka bermula dengan usap-usap, belai-belai, cium-cium, akhirnya melebihi itu. Hakim kata lelaki ini hebat! Hakim jatuh cinta dengannya. ASTAGHFIRULLAH hakim…. Dr Nur ketika itu bagai nak pengsan, tetapi dia kuatkan hati. Dia berterus terang dengan hakim dari sudut agama. Dr Nur bagi motivasi dan nasihat agama waktu tu, dari hati ke hati hakim. Dr Nur tak marah hakim, Cuma dia minta hakim kembali kepada Allah. Umur hakim masih muda, dekatkan diri dengan Allah. Akhirnya, sekali lagi air mata Dr Nur gugur.

Kali ini, Dr Nur nekad! Dia tahu suaminya telah menipu yang sudah insaf dan berubah. Suaminya menipu Dr Nur! Akhirnya, Dr Nur bertemu mak ayah mertuanya, tetapi lain jadinya. Rupanya sebelum dia ingin bercerita masalah rumah tangga kepada mertuanya. Mertuanya juga baru sahaja mendapat satu gambar anak lelakinya beromen dengan seorang lelaki di whatsapp ayah mertua. Dr Nur tengok wajah mertuanya sunggul seperti baru lepas menangis.

Hari itu juga, ayah mertua Dr Nur menelefon anak lelakinya balik rumah. Waktu perbincangan tersebut, suaminya naik darah dan menjadi panas baran. Sehingga terkeluar segala kata-kata kesat ke atas mak ayahnya sendiri. Bersaksi mak ayah mertua Dr Nur juga, Ustaz Abu suaminya melafaz talak 3 ke atasnya!

Mungkin perasaan marah suaminya membawa kepada perceraian yang tidak diminta oleh Dr Nur sedikitpun. Dr Nur hanya nak kembali jernihkan rumah tangga. Tetapi ‘hadiah’ yang lain dia perolehi.

Hari ini, hiduplah Dr Nur dan anak-anak sahaja. Kehidupan dia menjadi lebih baik walaupun tanpa suaminya. Cuma, dia agak sedih dan terkilan. Suaminya sering menelefon untuk kembali kepada Dr Nur. Namun nasi sudah jadi bubur. Jodoh perkahwinan dia tidak lama. Dr Nur redha dan sudah tawar hati dengan apa yang berlaku.
Dr Nur syukur diuji begitu. Dr Nur menjadi seorang yang lebih dekat dengan Allah. Sering bermuhasabah dengan dirinya sendiri.

Saya berkongsi masalah ini mungkin boleh membuka mata semua di media social untuk tidak terjebak dan menyokong LGBT, PLU, GAY, LESBIAN dan sewaktu dengan golongan songsang ini.

Bagi umat islam, ia merupakan dosa besar. Kembalilah kepada Allah! Disebabkan ini, perceraian yang tidak diminta berlaku.
Dari Ibnu Abbas (r.a.), dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud): “Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)” [Riwayat Imam Ahmad, hadith nombor 2915], dinilai hasan oleh Shu’ayb al-Arna’oot dalam Tahqeeq al-Musnad.

Dari Ibn Abbas (r.a.), dia berkata: “Rasulullah SAW. bersabda (yang bermaksud): “… laknat ke atas mereka yang menyetubuhi binatang, laknat ke atas mereka yang melakukan perbuatan kaum Luth.” [Riwayat Imam Ahmad, hadith nombor 1878, dinilai sahih oleh Shaykh al-Albaani dalam Sahih al Jaami’, nombor 5891]

Dari Jabir(r.a.), dia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud) : “Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” [Diriwayatkan oleh at Tarmizi (1457); Ibn Majah (2563) dinilai sahih oleh Shaykh al-Albaani dalam Sahih al Jaami’, nombor 1552]

Malah, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (dinilai sahih oleh al Albani, Sahih al Jaami’ no 6589) menyatakan hukuman bunuh terhadap mereka yang melakukan hubungan ini.

Sama-sama jauhi diri daripada kemaksiatan dan menambah saham dosa yang menuju neraka.

Sama-sama muhasabah!

Puan siti – Terengganu

No comments:

Powered by Blogger.