Kucing Pontianak Dapat Tumpuan
Kucing Comel Ini Digelar ‘Pontianak’ Kerana Keunikannya | Kucing comel yang diberi nama Loki ini menjadi perhatian di medial sosial kerana keunikannya yang mempunyai gigi bertaring seperti pontianak.
Memetik daripada Mirror.uk, keunikan giginya itu menjadikan Loki popular dan juga mempunyai 21,000 pengikut di laman Instagramnya.
Walaupun rupanya garang disebabkan taring pontinak yang dimilikinya, namun Loki disukai ramai kerana karakternya yang manja.
Menurut pemiliknya, Kaet, dia tidak tahu rupa kucingnya itu sebelum ini, namun ketika mengambil Loki dari pusat perlindungan haiwan, ternyata ia berbeza dari kucing-kucing comel lain.
“Keunikan giginya itu menjadikan Loki mempunyai ramai peminat di laman sosial,” katanya.
No comments: