Wanita Sudah Bercerai Bercinta Dengan Lelaki Lain Adalah Dilarang di Negara Ini
Negara Larang Wanita Sudah Bercerai Bercinta Dengan Lelaki Lain | Mahkamah Tinggi di Madras, India, memutuskan wanita yang sudah bercerai tidak boleh melakukan hubungan seks atau bercinta dengan lelaki lain, jika masih menerima nafkah atau bantuan kewangan daripada bekas suaminya.
Menurut keputusan perundangan tersebut, wanita yang melakukan sedemikian dengan lelaki lain selepas dia bercerai, tetapi masih menerima nafkah daripada bekas suaminya, dianggap salah disisi undang-undang.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Hakim S Nagamuthu menetapkan undang-undang tersebut berdasarkan satu kes ini, dimana seorang lelaki mengatakan bekas isterinya berhubungan intim dengan anak saudaranya sedangkan masih diberi nafkah olehnya.
Kumpulan pembela hak asasi manusia mengatakan, keputusan mahkamah itu mengekang kebebasan wanita.
Hakmi Nagamuthu memberitahu lagi, wanita seharusnya tetap setia kepada bekas suaminya jika dia masih menerima nafkah daripadanya dan jika wanita tersebut nekad untuk tidak lagi berada di bawah jagaan bekas suami, nafkah tersebut perlu dihentikan.
“Walupaun permohonan bercerai sudah diluluskan tetapi jika si isteri masih mahu menerima nafkah daripada bekas suaminya, mereka harus menjaga kesetiaan seperti masih berkahwin.
“Oleh kerana bekas suami masih memenuhi kewajipan sama seperti sedang berkahwin dengan isterinya yang sudah diceraikan, jadi wanita itu juga tidak boleh menjalin hubungan dengan lelaki lain,”jelasnya lagi.
Para aktivis pembela hak asasi manusia melancarkan kempen menentang keputusan hakim itu di media sosial. Mereka meminta keputusan itu dibatalkan.
No comments: