Padah 'Gigitan Cinta'
Pemuda Tinggalkan 'Love Bite' Pada Gadis Bawah Umur Dihukum | Padah buat seorang pemuda yang bertindak peluk, cium serta meninggalkan gigitan cinta pada seorang remaja berusia 15 tahun, dia dihukum denda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam.
Denda diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin terhadap Ahmed Ezainie Shafizie Sazali, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah memetik Sinar Harian.
Gambar hiasan. |
Tertuduh didakwa pada tuduhan pindaan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa tersebut di alamat Jalan Pasir Hor, di sini, pada jam 1 pagi, 5 Disember tahun lalu.
Tertuduh (tengah) dibawa keluar dari mahkamah selepas denda diputuskan. Padah ‘love bite’ RM800
Sebelum kejadian itu, mangsa dijemput tertuduh dengan menaiki motosikal dan dibawa ke rumah tertuduh. Pada masa mangsa berada di dalam bilik tertuduh, tertuduh memeluk, mencium pipi dan membuat gigitan cinta pada leher mangsa.
Tertuduh (tengah) dibawa keluar dari mahkamah selepas denda diputuskan. |
Tertuduh menceritakan hal itu kepada ibunya dan pengadu kemudian membuat laporan polis.
Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam, Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim memohon mahkamah mengenakan hukuman denda ringan berikutan tertuduh sudah mengaku salah tanpa sebarang paksaan.
“Tertuduh tidak bekerja dan masih ditanggung bapanya. Tertuduh juga faham sebab dan akibat daripada pengakuan salah yang dibuat. Ini juga kesalahan pertama dan dia insaf serta menyesali perbuatan itu,” katanya.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya denda itu gagal dijelaskan.
No comments: