Header Ads

Ibu Bagi Anak Buang Air Besar Dalam Pesawat

Anak Buang Air Besar Dalam Pesawat, Ibu Bagi Alasan Tandas Sempit | Penumpang syarikat penerbangan Shenzhen Airlines berang, apabila dua orang kanak-kanak buang air besar didalam kabin pesawat yang mereka naiki.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut dimarahi penumpang kerana membiarkan anak mereka membuang air besar didalam pesawat yang terbang dari Nanjing ke Guangzhou.

Laporan dari NetEase, krew pesawat tersebut ternampak dua kanak-kanak sedang mencangkung sambil membuang air besar.

Ibu Bagi Anak Buang Air Besar Dalam Pesawat

Sementara ibu bapa mereka kelihatan tenang membiarkan anak-anak mereka mengotori kabin pesawat yang ketika itu belum lagi berlepas.

Apabila krew penerbangan menegur ibu kepada kanak-kanak itu dengan sopan, si ibu itu menjawab, “Tandas kapal terbang ini terlalu kecil, tak muat untuk kami bertiga masuk. Lebih luas di luar ini.”

Peristiwa menjijikkan ini bukan pertama kali terjadi di China. Sebelum ini juga, seorang ibu membiarkan anaknya buang air besar di kabin dalam penerbangan dari Beijing ke Amerika.

Anak Buang Air Besar Dalam Pesawat, Ibu Bagi Alasan Tandas Sempit

No comments:

Powered by Blogger.