Keunikan Peti Surat Condong di Taiwan
Rahsia Disebalik Peti Surat Condong di Taiwan | Dua peti surat berwarna hijau dan merah di Taipei, Taiwan ini menjadi perhatian ramai kerana keadaanya yang condong ke kiri akibat kesan daripada taufan Typhoon yang melanda baru-baru ini.
BBC melaporkan, ketika ribut melanda, banyak papan iklan jatuh dan diterbangkan oleh angin kuat, tetapi peti surat berkenaan tidak tercabut dan hanya condong ke kiri sahaja.
Disebabkan keadaannya masih elok, penduduk tempatan ingin menjaga kedua peti surat tersebut sebagai tanda peringatan kejadian Typhoon Soudelor yang melanda Taiwan.
Ramai pelancong berpusu-pusu dan sanggup beratur panjang untuk mengambil gambar peti surat condong berkenaan dengan cara mereka yang tersendiri.
Taufan Soudelor yang melanda Taiwan Ahad lalu menyebabkan 6 orang terbunuh manakala, 350 orang masih hilang.
No comments: