Lewatkan Mandi Wajib Kerana Nak Tunggu Habis Haid. Ini Hukumnya Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Yang Ramai Belum Tahu...
Waktu bulan puasa ni, mesti ada wanita yang keliru tentang tempoh habis haid.
Kadang-kadang bila dah mandi wajib masih ada kesan dar-ah selepas beberapa jam.
Bila kita tunggu pula, haidnya tak datang lagi sedangkan kita biasa haid dalam tempoh tersebut.
Rasa serba salah sama ada nak mandi wajib dan mula berpuasa atau patut tunggu dulu.
Mari kita ikuti penjelasannya melalui beberapa persoalan di bawah.
SOALAN 1
Apakah hukum sekiranya seseorang wanita melambatkan mandi wajib dengan niat ingin menunggu lagi jika ada da-rah haid yang masih tertinggal seperti da-rah di hujung yang warnanya coklat, kerana kadang-kadang dara-h berhenti sekejap selama satu atau dua hari dan akan bersambung pada hari berikutnya.
JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Dalam kes ini, wanita tersebut perlu memeriksa keadaan dirinya. Sekiranya dar-ah tidak keluar tetapi apabila dia memasukkan kapas atau seumpamanya ke dalam batin alat sulitnya (bahagian faraj yang tidak wajib dicuci ketika istinja’ dan hanya kelihatan ketika mencangkung) lalu didapati pada kapas tersebut ada kesan da-rah termasuklah warna coklat, maka dia masih berada dalam keadaan fatrah haid, yakni tempoh haid.
Ini berdalilkan riwayat Aisyah R.Anha dalam Sahih al-Bukhari dan al-Muwatta’:
كَانَتْ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِالدُّرْجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضِ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِ
Maksudnya:
Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah R.Anha dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan dar-ah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka,
“Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada dar-ah haid.”
Namun sekiranya dia tidak mendapati warna da-rah, termasuklah warna kekeruhan dan kekuningan, maka dia sebenarnya berada dalam keadaan naqo’.
Daripada sudut bahasa naqo’ bererti bersih daripada sesuatu.
Adapun daripada sudut hukum, keadaan naqo’ bererti bersih daripada dara-h haid. Keadaan naqo’ boleh jadi keadaan haid ataupun suci.
Pada asalnya, apabila berlaku naqo’ maka dia secara zahirnya sudah dianggap berhenti da-rah haid dan diwajibkan mandi dengan segera dan hendaklah dia melaksanakan kewajipan apabila sudah suci seperti solat dan berpuasa.
Namun, sekiranya seseorang wanita itu memiliki adat muwa`adah al-dam (yakni da-rah haidnya keluar kemudian berhenti kemudian datang kembali tetapi cukup sehari semalam).
Maka di sisi mazhab ada dua pendapat ulama.
PENDAPAT PERTAMA
Wanita itu mengambil hukum suci. Justeru dia wajib mandi dan melakukan kewajipan ketika bersuci seperti solat dan puasa.
Ini merupakan pendapat Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’.
PENDAPAT KEDUA
Wanita itu mengambil hukum haid kerana secara zahirnya masih berhaid kerana mengikut adatnya, justeru tidak perlu mandi lagi sewaktu berlakunya intiqita’ (putus) atau naqo’ itu.
Ini menurut pendapat yang disahihkan oleh Imam al-Rafie, Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin, dan dianggap tepat oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami.
Contoh bagi pendapat kedua ialah Nurul mempunyai adat berhaid 7 hari dalam keadaan pada hari keempat akan berlaku naqo’ selama sehari dan sambung keluar dar-ah kembali sehingga hari ketujuh.
Justeru, apabila berlaku naqo` pada hari keempat, Nurul tidak perlu mandi wajib kerana dia masih dianggap haid. Inilah yang difahami daripada fakta soalan penanya di atas.
Namun begitu, sekiranya Nurul menunggu daripada hari keempat sehingga hari ketujuh tetapi tidak kembali keluar dar-ah, maka Nurul diwajibkan untuk mandi dan mengqadha’kan solat-solat yang ditinggalkan pada hari keempat sehingga hari ketujuh kerana berkemungkinan adatnya sudah berubah.
*Jawapan di atas tidak merujuk kepada kes wanita mustahadah, mubtada’ah (yang baru mengalami haid bulan pertama), kes haid yang mutaqatti` (terputus-putus) kerana beranggapan bahawa penanya ialah wanita yang beradat dan keluar dar-ah seperti kebiasaan.
Wallahua`lam.
SOALAN 2
Assalamualaikum wbt,
‘Period” saya dah habis, dah mandi wajib, dah solat dan berpuasa, tiba-tiba pukul 5 petang tengok masih ada berbaki sedikit da-rah. Adakah sah puasa saya?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Antara salah satu syarat sah puasa ialah suci daripada haid dan nifas. Fakta ini disebutkan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/81) : “Syarat-syarat sah puasa ialah: … 3) Tiada sebarang keuzuran yang menghalang puasa. Pitam dan gila yang berterusan sepanjang hari serta haidh dan nifas.”
Syeikh Sa`id Ba I`syn menghuraikan syarat ini dalam kitab Busyra al-Karim (hlm.554) : “Maka jika seseorang itu murtad, keluar haid, nifas, atau gila sekalipun satu lahzah (sebentar sahaja)… maka batal puasanya seperti (hukum dalam) solat.”
Da-rah yang keluar dari rahim wanita sekalipun selepas mandi dan berpuasa, adalah da-rah hadi.
D-arah itu bukan dar-ah fasad atau istihadah kerana ia masih keluar dalam tempoh 15 hari maksimum haid.
Manakala tempoh berhenti yang sebentar itu, sekalipun lebih sehari, disebut sebagai fatrah naqa’ yang masih dianggap sebagai tempoh haid apabila ia menyelangi antara dua d-arah selagi mana dalam tempoh 15 hari.
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, nyatalah bahawa ‘period’ atau dar-ah haid itu masih belum habis dan dar-ah yang keluar pada jam 5 petang itu adalah dara-h selepas berlakunya fatrah naqo’, selagi mana dalam tempoh sehari semalam.
Oleh itu, puasa yang dilakukan pada hari itu adalah terbatal dan wajiblah digantikan kemudian hari.
Wallahua’lam.
Faham kan?
Semoga penjelasan ini dapat menjawab persoalan kita bersama.
Sumber artikel : siraplimau.com
No comments: