Keluar Dating Dengan Suami Orang, Perempuan Ini ‘Syok Sendiri' Tayang Kebahagiaan Atas Air Mata Orang Lain...
Nampaknya kes curang semakin menjadi-manjadi sekarang ini. Kahwin ini diibaratkan macam satu permainan dan tak dipandang serius langsung buat lelaki di luar sana. Mungkin kedengaran agak kasar, tetapi inilah realitii yang berlaku.
Walaupun si isteri cantik dan lengkap cuma terdapat beberapa kekurangan, tetapi si suami tetap memandang perempuan lain untuk dijadikan sebagai kekasih hati diibaratkan menumpang kasih pada wanita lain.
Baru-baru ini di laman sosial, telah menjadi viral seorang isteri meluahkan coretan hati terhadap si suami yang berlaku curang terhadap dirinya.
Beliau dalam satu entri di dalam akaun Facebook miliknya memberitahu bahawa sang suami yang berlaku curang itu telah menghancurkan hatinya dengan mengatakan beliau sudah jemu mempunyai isteri seperti si dia.
Kenapa jemu? Senang sahaja alasannya iaitu si wanita tidak mampu mengurniakan anak sepanjang tempoh perkahwinan pasangan ini.
Dikatakan pasangan ini telah berkahwin selama 4 tahun dan si isteri sanggup bersusah payah demi sang suami.
Bukan itu sahaja, posting ini telah menjadi viral di dalam media sosial apabila netizen semua marah akan tindakan laki sebegini.
Kisah kecurangan ini viral di Facebook dan telah mendapat lebih 13 ribu perkongsian sejak semalam. Apa yang memeranjatkan, wanita yang merampas suami orang itu, berani memuat naik video dan foto bersama lelaki tersebut.
Lebih hebat, kekasih suaminya tidak langsung berasa bersalah dengan memasukkan lebih banyak story ke dalam akaun Instagramnya bersama suami perempuan ini.
Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini. Diharapkan agar wanita ini lebih tabah menjalani kehidupan dengan mengharungi ujian dalam rumah tangganya.
Sumber artikel : amazingnara.com
No comments: