Header Ads

Pengguna Kereta Yang Gelapkan Cermin Tingkap Melebihi Kadar Yang Dihadkan Akan Dikenakan Denda Pada Tahun 2019 - Anthony Loke



Malaysia yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun menyebabkan kita tidak akan berfikir banyak kali untuk menggelapkan cermin tingkap kereta kita. Hal ini kerana, saban hari kita akan bergerak ke sana ke sini menggunakan kereta. Faktor kepanasan menjadi penyumbang utama untuk kita memasang penggelap cermin tingkap pada kereta.



Namun, ia haruslah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bahawa kerajaan sedang meminta peraturan berkaitan isu ini di mana pengguna yang menggelapkan cermin tingkap melebihi had yang dibenarkan, perlulah membayar denda.

Menurut The Star, Anthony berkata bahawa Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 telah dibahaskan pada 10 Disember lalu dan setelah ia diluluskan, peraturan baru akan digazetkan untuk dilaksana bermula Januari tahun hadapan.



Had peratusan kegelapan yang dibenarkan adalah sekurang-kurangnya 70% Visible Light Transmission (VLT) untuk cermin depan, 50% untuk cermin tingkap penumpang depan manakala 30% untuk tingkap penumpang belakang dan cermin belakang. Jika peratusan kegelapan cermin tingkap anda tidak melebihi had berkenaan, maka sebarang keizinan tidak diperlukan.

Tambah Anthony, kerajaan terdahulu telah mengeluarkan kelulusan khas kepada orang-orang tertentu untuk mempunyai cermin tingkap yang lebih gelap tetapi mereka tidak akan mendapat kelulusan automatik selepas ini kerana tidak semua permohonan akan berjaya.



“Tidak ada kelulusan automatik kerana mereka perlu membuat permohonan dan membayar sejumlah bayaran,” katanya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang memerlukan cermin tingkap yang lebih gelap atas faktor kesihatan, mereka akan diberikan pengecualian. Selain itu, Anthony turut menjelaskan bahawa pihak kementerian akan mengenakan bayaran ke atas pengeluar kereta untuk Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).

“Kini, terdapat banyak prosedur dan pemeriksaan yang terlibat, tetapi kerajaan tidak mengenakan sebarang bayaran. Oleh itu, kami akan mengenakan yuran nominal untuk menampung kos pentadbiran yang ditanggung oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” jelasnya. Bayaran tersebut tidak akan menjejaskan pemilik kenderaan kerana ia tidak akan menyebabkan kenaikan harga kereta kerana VTA adalah untuk model daripada pengeluar kereta.



Satu lagi pindaan baru yang dicadangkan olehnya dalam rang undang-undang ini adalah untuk membenarkan JPJ membatalkan pendaftaran kereta-kereta yang telah ditinggalkan atau kereta-kereta yang mempunyai isu nombor casis. Hal ini kerana,majlis-majlis tempatan dihalang daripada menunda kereta terbengkalai kerana masih berdaftar.

Oleh itu, kami mahu menyederhanakan sistem pembatalan pendaftaran bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan melupuskan kenderaan terbengkalai,” katanya.

Ia menjadi masalah di bandar, dan menurutnya sebanyak 15,019 buah kereta di lapan buah majlis sejak tahun 2014 hinggalah tahun 2017. Kini, hanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Bandaraya Putrajaya sahaja yang mempunyai pengawal trafik tetapi pindaan itu akan memberi kuasa kepada sembilan lagi dewan bandar untuk menubuhkan unit warden lalu lintas mereka sendiri, melibatkan majlis bandar raya seperti Ipoh, Alor Setar, Petaling Jaya, Shah Alam, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Kuala Terengganu dan Iskandar Puteri.

Sumber: Era Baru

No comments:

Powered by Blogger.