Header Ads

‘Astagfirullah hal a’dzim, boleh pecah kalau buat macam tu” – Netizen kesal staff KLIA lempar kotak air zam-zam milik jemaah umrah



Sebelum ini, pelbagai rungutan dan aduan yang telah diajukan oleh netizen mengenai kes seumpama ini. Setelah tular, kes seperti ini diambil tindakan. Tetapi, setelah sekian lama, ianya berulang kembali.

Semalam tular di media sos1al satu video berdurasi 12 saat yang menunjukkan seorang petugas KLIA mencampakkan beberapa kotak air zam-zam. Berdasarkan video tersebut, kelihatan beberapa kotak air zam-zam dicampak dan dikumpulkan di satu sudut.




“Kejadian hari ini di KLIA. Penat maca mana sekalipun, tak wajar tunjuk marah sebegitu rupa dengan melempar air zam-zam milik jemaah umrah ke lantai tanpa rasa segan dan hormat. Malah ia dibuat di depan orang ramai yang sudah tentu di depan jemaah umrah yang empunya air zam-zam.

“Kita tak bermaksud nak hukum staf KLIA tersebut, tapi jelas perbuatan dia menyalahi SOP KLIA,” tulis Zahari Basharuddin di Facebooknya.

“Kita tak bermaksud nak hukum staf KLIA tersebut, tapi jelas perbuatan dia menyalahi SOP KLIA,” tulis Zahari Basharuddin di Facebooknya.

Tindakan petugas tersebut telah mencetuskan reaksi marah netizen dan berpendapat tidak seharusnya petugas tersebut bertindak sedemikian walaupun dalam keadaan penat sekalipun. Ada juga yang berpendapat, petugas di KLIA masih tidak menjalankan tugasnya dengan profesional tidak seperti petugas-petugas di negara lain.

Bayangkan jemaah umrah membelinya dengan keadaan yang elok, dan sudah pastinya air zam-zam diniatkan untuk dihidangkan kepada saudara mara, tetapi alangkah kecewanya mereka bila mendapati ada beberapa botol air yang sudah pecah.

“Tak kisahlah kau penat kerja ke, apa ke, tapi kau tak ada hak nak buat macam itu wahai staff yang tak bertauliah! Semoga kau kena tindakan atau dibuang kerjalah sebaiknya. Itu air zam-zam! Biadab betul!” – Faa Gzli.

“Harap pihak KLIA ambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja yang tidak ada adab ini,” – Shahz.

Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih 382,000 kali dan 10,909 shares.

‘Kami minta maaf kerana harus campak kotak air zam zam di lantai sebab ketika itu conveyor fully disembark’

Susulan viral video petugas KLIA didakwa melempar kotak air zam-zam, tampil kakitangan yang ditugaskan di bahagian ketibaan KLIA memberikan penjelasan berhubung kejadian itu dan meminta orang ramai tidak menyalahkan mereka yang juga dalam keadaan terpaksa.



“Minta tolong viralkan, kami pekerja di bahagia ketibaan KLIA tidak bersalah. Anda tidak mengetahui situasi ketika itu. Keadaan ini berlaku ketika SV3680 yang sepatutnya keluar bagasi di conveyor F kemudian ditukarkan ke vconveyor G disebabkan masalah teknikal. Dalam masa yang sama, PR527 juga keluar di conveyor G.

“Bayangkan betapa padanya conveyor itu dan boleh mengakibatkan conveyor tersebut tersangkut jikalau kami pekerja arrival tidak mengeluarkan bagasi-bagasi dan kotak air zam zam tersebut dari conveyor.

“Satu hari juga dan mungkin berhari-hari conveyor tersebut tidak akan dapat digunakan disebabkan tersangkut, malah ia akan menyusahkan anda untuk menunggu bagasi di masa akan datang.

“Sepatutnya kotak air zam zam dikeluarkan di OOG (bahagian keluar semua beg besar atau barang-barang bersaiz besar), tetapi kami mendapat arahan ia akan bercampur dengan bagasi lain.

“Kami minta maaf kerana harus mencampak kotak air zam zam di lantai sebab ketika itu conveyor fully disembark. Kami perlu asingkan kotak air zam zam tersebut dulu secepat mungkin supaya ia tidak pecah sia-sia di atas conveyor tersebut.

“Kami tidak dapat melakukan pengasingan kotak air zam zam satu persatu di lantai kerana bagasi telah bercampur di conveyor. Kami tidak melangkah air zam zam tersebut kerana ia haram. Kami mencampak kotak itu ke lantai sebelah kami untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar.

“Mencampak kotak air zam zam tidak haram dan di dalam Al-Quran juga tidak mengatakan mencampak air zam zam adalah haram. Kami tahu kotak air zam zam itu akan diambil lambat oleh para umrah dan haji kerana mereka berada di dalam kumpulan. Ia sudah biasa berlaku pada kami. Kami juga menyusun kotak air zam zam tersebut di tepi, dengan elok apabila conveyor telah bergerak lancar dan passenger semakin berkurangan.

“Jika kuantiti kotak air zam zam itu sedikit, biasanya kami akan bawa dan simpan di pejabat elok-elok untuk dituntut oleh passenger yang lambat tiba di balai ketibaan. Anda juga boleh bertanya kepada ketua-ketua group Umrah dan Haji tentang perkara ini sebab kebaikan mereka dan kefahaman mereka tentang situasi ini. Mereka juga turut membantu kami mengasingkan kotak air zam zam. Ada passenger group umrah dan haji yang membantu kami juga melakukan perkara yang sama untuk melancarkan conveyor dan menyenangkan para passenger mengambil bagasi mereka. Kami sangat berterima kasih kepada anda yang selalu membantu kami.

“Hanya kerana pekerja arrival KLIA satu dunia saja yang tahu bagaimana kami berkerja keras untuk melancarkan proses terakhir passenger untuk berjumpa dengan orang tersayang. Kami cuma nak mencari rezeki yang halal dan harap anda tidaklah mengikat perut kami disebabkan salah faham ini.

“Kami minta jasa baik anda bersihkan kembali nama hamba Allah tersebut. Harap anda tidak menghebohkan perkara yang belum tentu sahih kerana ia akan dijatuh kepada fitnah dan kami tidak mahu anda dihukum Allah kerana salah faham di antara saudara Islam. Kami cuma mahu penyelesaian yang baik sahaja,” kata kenyataan yang dimuat naik oleh Fauzan Mohd.

Sumber : Thereporter

No comments:

Powered by Blogger.