Inai Masih Segar DiJari, Pasangan Merpati Dua Sejoli Ini Ditakdirkan ‘Pergi’ Bersama...
Ajal dan maut adalah rahsia Allah SWT. Sekuat mana manusia membuat perancangan namun takdir Allah tiada siapa dapat menghalangnya.
Ternyata kasih sayang pasangan suami isteri, Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24 dan isterinya, Nur Diana Afifah, juga 24 tahun hanya sempat dikecapi sebulan sahaja apabila keduanya maut dalam kemalangan jalan raya, semalam.
Pasangan itu sedang dalam perjalanan pulang dari Teluk Cempedak di Kuantan untuk menghantar sepupu Syahmi iaitu Yasmin Afiqah, 14, tahun dan Yasmin Aliah, 12, ke Mersing, Johor sebelum pulang ke Johor Bahru. Keempat-empat mangsa maut selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres.
Berkahwin pada 8 November lepas
Majlis perkahwinan Syahmi dan Afifah yang berlangsung pada 8 November lepas, telah dihadiri oleh rakan dan keluarga yang nyata begitu gembira untuk meraikan tarikh bersejarah tersebut.
Damailah di sana wahai abangku…
Di laman Facebook allahyarham Muhammad Syahmi, ahli keluarga dan sahabat handai Syahmi telah meluahkan rasa sedih di atas pemergiannya.
Rata-rata mereka terkejut kerana baru sahaja berjumpa sebulan lalu ketika majlis perkahwinan Syahmi.
Rakan menghadiri perkahwinan mereka awal bulan lepas
Cepatnya kau pergi Mi… aku baru pergi majlis kahwin kau
Inai masih dijari, Allah satukan korang bersama dan pergi pun bersama
Bas Ekspres masuk laluan bertentang dan bertembung dengan kereta Viva
Kejadian yang berlaku pada pukul 1.30 pagi, di jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin telah membabitkan 2 buah kenderaan. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri mendapati, bas ekspres dari arah Kuantan ke Johor Bahru itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Viva di lokasi kejadian.
Kedua-dua kenderaan diseret sejauh lebih kurang 30 meter dan jatuh ke dalam parit sebelah kanan jalan menuju ke Kuantan.
Adik bongsu follow kereta di belakang
Pasangan itu baru sahaja menghantar barang keperluan kepada adik bongsu Syahmie yang sedang belajar di Politeknik Muadzam Shah sebelum singgah ke Teluk Cempedak di Kuantan, bersama dua orang sepupu Syahmie yang turut menaiki kenderaan tersebut.
Masa kejadian, adik bongsu Syahmie turut mengikuti kereta Syahmie dari belakang, untuk pulang ke Johor Baharu tetapi menaiki kereta lain. Ketika kemalangan berlaku, adik bongsu Syahmie ada mendengar bunyi dentuman yang kuat sebelum melihat ke cermin dan nampak kereta abangnya dilanggar oleh sebuah bas.
Syahmie yang disifatkan sebagai harapan keluarga merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Menurut ayah Syahmie, barang perkahwinan anaknya masih belum berkemas lagi, dan anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.
Dikebumikan dalam satu liang lahad
Allahyarham Syahmie dan Diana telah berkenalan sejak tahun 2017, dan mengambil keputusan untuk berkahwin. Pasangan itu telah dikebumikan dalam satu liang lahad pada petang semalam.
Sumber: FB Syahmie Emir, Info Roadblock JPJ
No comments: