Header Ads

"Khalid Samad Tolong Jangan Cari Pasal, Kami Bukan Budak-budak," Siti Kasim Bantah DBKL Tutup Premis Hiburan Jam 1 Pagi



Pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan bahawa semua pusat hiburan di Kuala Lumpur perlu menamatkan waktu operasi mereka pada jam 1 pagi berkuat kuasa mulai Januari tahun depan, mengundang reaksi tidak senang aktivis Siti Kasim.

Menerusi Facebook, Siti Kasim berkata pengumuman Khalid Samad itu ‘sungguh mengejutkan’ kerana ia sebagai cubaan untuk mengekang kebebasan orang awam melakukan perkara yang menjadi hak mereka.



“Anda adalah seorang Islamofasis yang menjadi terlalu besar kepala dengan berfikir anda mempunyai hak mengawal kehidupan kami hanya kerana anda fikir anda boleh.

“Kami adalah orang yang bebas dan kami mempunyai hak untuk penentuan nasib sendiri.

“Siapa anda untuk memberitahu kami sama ada kami boleh atau tidak boleh pergi ke tempat selepas 1 pagi?

“Jika anda fikir anda boleh menyalahgunakan kuasa yang diberikan oleh undang-undang ‘dengan melapisinya jubah moral’, fikir sekali lagi,” tulisnya.



Khalid semalam berkata, terdapat banyak premis hiburan di Kuala Lumpur yang sepatutnya ditutup pada jam 1 pagi, tetapi terus membuka perniagaan hingga jam 5 pagi.

Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan mengkaji semula masa perniagaan premis hiburan sekitar ibu kota untuk dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 pagi sahaja.

Khalid berkata perkara itu dibuat memandangkan DBKL menerima banyak rungutan daripada orang awam apabila banyak pusat hiburan ini beroperasi lebih masa sehingga menimbulkan suasana yang bising.



Bagaimanapun Siti Kasim mendakwa langkah itu hanya memperlihatkan keunggulan dan bukan cubaan pihak kerajaan memahami mereka.

“Bukan undang-undang yang menyekat kebebasan kita, sebaliknya kepercayaan anda yang melihatnya sebagai belenggu.

“Jangan membelenggui kami juga,” kata Siti Kasim.

Sumber: SuaraTv via myinfoharian

No comments:

Powered by Blogger.