Header Ads

Secara Tidak Sengaja, Saya tersentuh minyak yang disapu dipintu kereta. Sejak daripada itu bermulalah kebahagian rumah tangga saya diragut hampir berbelas tahun.



Assalamualaikum… salam semua… Lama saya berfikir adakah patut saya berkongsi cerita tentang kehidupan saya dan suami di sini. Setelah saya berfikir akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencoretkan kisah kami untuk semua yang mungkin boleh dijadikan peringatan atau pengajaran.

Kehidupan Bahagia Tidak Berpanjangan

Saya dan suami berkahwin di usia yang muda. Habis saja belajar di peringkat diploma di ketika usia 21 tahun dan suami saya hanya spm dan usia 22 tahun kami pun mendirikan rumahtangga. Walaupun saya berkahwin di usia yang muda tetapi saya tidak kekok untuk menguruskan rumahtangga walaupun bekerja kerana dari kecil saya sudah diasuh dan diajar mengemas, memasak dan menjaga adik2.

Ketika saya habis spm saya telah pun dipinang oleh saudara jarak jauh tetapi pinangan ditolak oleh arwah nenek saya. Nenek saya sayangkan saya kerana saya cucu perempuannya yang sulung. Kehidupan saya dan suami sesudah berumahtangga amat membahagiakan. Suami saya seorang yang penyayang. Namun panas tidak selalu sampai ke petang. Balada dalam rumahtangga pun bermula.

Saya tidak tahu kenapa rasa panas dan benci dengan suami saya. Saya tidak boleh memandangnya. Hinggakan ketika dia bersolat pun saya tolak. Keluarga saya nampak perubahan pada diri saya. Abah saya orang yang paling susah hati melihat rumahtangga saya semakin hari semakin tegang. Mereka ingat saya ada orang lain. Saya bekerjaya dan ada paras rupa.

Bermimpi Didatangi Orang Tua



Memang ramai lelaki yang memandang saya termasuk kawan2 suami sendiri. Tetapi saya tidak ada sesiapa pun kecuali suami saya. Dan akhirnya semua terbongkar bila saya mula menjerit, menangis memanggil nama seseorang lelaki. Dan ketika itu barulah keluarga saya sedar saya disihir. Banyak duit abah habis membawa saya berubat sana sini. Gaji suami tak banyak mana pun.

Dipendekkan cerita hampir 2 tahun kami menderita namun saya tidak juga sembuh hingga mendapat rawatan dari pakar psychiatrist. Dan Allah itu maha penyayang dan mengasihani serta mendengar setiap rintihan hambanya. Di satu malam saya bermimpi didatangkan seorang tua menyuruh saya pergi berubat di satu tempat. Dan bila saya ceritakan kepada keluarga saya cepat2 mereka cuba membawa saya berubat ke tempat tersebut.

Di ketika saya sakit dan banyak duit saya dan abah saya habis keluarga suami memang tak pernah tampil untuk membantu walaupun mereka orang yang berharta dan berduit. Tetapi abah saya tak pernah kisah dan bersungut. Abah hanya kata hidup umpama roda kadang2 kita di atas dan kadang2 kita di bawah.

Alhamdulillah akhirnya saya sembuh sepenuhnya dan kami dikurniakan anak pertama selepas lebih 2 tahun berkahwin. Kami bahagia hinggalah kami dikurniakan anak ke dua dan rezeki makin bertambah. Saya dapat kerja yang lebih baik dan berjawatan lebih tinggi dari sebelum. Kami berjaya membeli sebuah rumah. Dan sekali lagi kami diuji. Dalam diam saya diperhatikan dari jauh. Saya selalu diekori. Dia bukanlah orang lain tetapi jiran kami sendiri.

Menderita lagi Sakit Misteri

Ketika saya balik dari kerja dia sentiasa menunggu mencari peluang untuk menghampiri saya. Bila dah dekat mula bertegur sapa dan lama2 nampak kegatalannya. Di pejabat pun sama saya sering diganggu oleh pekerja2 lelaki. Saya rasa rimas sangat dan semuanya saya tak layan. Mereka semua mengatakan saya sombong. Dan bila tidak dilayan ada yang mula mencuba cara halus untuk mendapatkan saya. Tetapi saya telah buat persiapan awal.

Memperkemaskan diri dan membentengkan diri dari terkena segala ilmu hitam. Pengalaman membuatkan saya lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dan mencari guru2 yang murshid untuk mendalami ilmu benteng diri. Namun Allah tetap menguji. Saya terkena minyak pengasih. Minyak disapu pada pintu kereta. Bila saya bukak pintu kereta minyak dah terkena pada kulit saya.

Dan bermulah disetiap malam saya diseru… saya seperti orang gila menangis dan terpandang wajahnya. Pukuul 2 malam saya akan keluar rumah sambil menangis mencari di mana lelaki itu. Namun dia tiada. Tetapi wajahnya sudah ada di depan mata saya. Saya jadi murung dan tidak ada mood untuk menguruskan rumahtangga dan kerjaya. Tetapi salah sorang guru saya dapat rasakan sesuatu pada saya. Saya sudah ditahap yang serius.

Saya dirawat dan akhirnya alhamdulillah saya pulih. Bila saya dah pulih orang yang menganiaya saya tahu tahap ketahanan benteng diri saya dan mereka beralih arah ke suami saya pula. Dari situlah hidup saya seperti dalam neraka. Kasih sayang suami sudah tidak seperti dulu. Dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah. Semua hal rumahtangga dan anak2 saya uruskan. Nafkah zahir batin sudah tiada lagi. Berbelas2 tahun saya menderita.

Pada masa yang sama saya tidak pernah berhenti berikhtiar mencari penawar buat suami. Bila batin saya tersiksa saya banyak berpuasa. Bila jiwa saya tertekan saya banyak menghabiskan masa dengan ilmu. Saya ada rupa dan ramai lelaki yang selalu datang mengganggu dan cuba menggoda. Tetapi hati tidak berminat untuk melayan. Apa Pendapat Anda? Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat.

Artikel : Ekisah.com

No comments:

Powered by Blogger.