‘Saya Terketar-Ketar Nak Angkat Takbir’ – Beg Diragut, Apa Yang Berlaku Selepas Itu Memang Tidak Dapat Dijangkau Oleh Akal Fikiran, Subhanallah!
Seorang wanita di facebook berkongsi pengalaman kuasa disebalik sebuah doa. Kisah bermula apabila rakan sepejabatnya diragut sehingga menyebabkan dia kehilangan segala barangan penting termasuk wang ringgit.
Namun, berkat kesabaran rakannya itu dan yakin dengan Allah. Akhirnya, dia menemui beg itu dengan cara tidak disangka-sangka.
Allah makbulkan doa kami
Tak kisah dia nak ambil duit
Tiba-tiba jumpa beg hitam
Terketar tangan nak angkat takbir
"Allah makbulkan doa kami di antara dua waktu. Azan dan iqamah."
Ini bukan kisah biasa. Kisah ini bermula daripada status kematian Nurull Azliza Nordin. Dan kami mula menjejakinya.
"Iqbal, pinjam duit sepuluh ringgit. Nak pergi balai polis ni. Duit tak ada."
Pinta kakliza sambil ketawa. Barangkali, nak cover malu. Biarpun mukanya redha, sedih di hati siapa yang tahu.
"Nah, ambil ni. Buat belanja."
Dihulurnya seratus ringgit buat kakliza.
Me: Eh kak, kenapa tak pinjam duit aku? Aku masih ada duitlah.
"Takpe. Takpe. Seganlah. Haha."
Ketawa lagi. Cover malu. Kakliza..kakliza.
Petang tadi, kami ke Balai Polis Melawati sekali lagi. Kali ini, untuk ambil salinan report pula. Bertujuan nak buat lesen memandu kelas D dan B2 yang baru. Lesen kakliza lesap kan. Tak pasal-pasal nanti dianggap pendatang.
Sepanjang hari, saya menemaninya ke mana sahaja dia pergi. Serupa jadi PA. Tak sanggup lagi dah nak menangis kehilangan. Murung seharian.
"Inah, cepat tadah tangan. Nak berdoa ni. Mudahan Allah lembutkan hati orang yang ambil barang tu untuk pulangkan semula. Mana tahu, Allah makbulkan doa kita."
Pinta kakliza. Bertawassul dengan amalan sedekahnya.
Pantang berjumpa orang, kakliza akan berhenti seketika. Bersedekah sambil berbual panjang. Memohon didoakan agar dilembutkan hati dan dikembalikan barangnya yang hilang.
Sedekah dan berdoa. Berulang-ulang.
"Inah, nanti kita iktikaf dan solat asar di masjid, ya. Mana tahu, Allah lembutkan hati orang yang ambil tu untuk pulangkan semula barang kakliza. Husnuzon dengan Allah. Hati manusia, Allah yang pegang. Kalau Allah kata ada rezeki kakliza, jahat macammana pun orang tu, Allah berkuasa lembutkan hatinya semula."
Pinta kakliza lagi. Kali ini, nampak kesungguhan di wajahnya.
Saya menurut kata. Memang dah lama teringin nak solat sama-sama di masjid dengan kakliza.
Tiba di masjid, kami solat sunat seperti biasa. Lama kakliza sujud berdoa. Saya perhatikan sambil turut berdoa. Sebak pun ada.
"Kakliza tak kisah..kalau nak ambil duit, ambillah. Mungkin, dia terdesak nak guna. Tapi, kurang-kurang, dia pulangkan barangan lain. Semua barangan dalam tu hadiah daripada orang. Telefon orang bagi, beg orang bagi, buku nota orang bagi, pen orang bagi, beg duit pun orang bagi..semuanya dihadiahkan. Tak ada satu pun yang kakliza beli."
Luahnya. Seorang yang sangat menghargai pemberian orang. Ada sedikit kesedihan di wajah biarpun dia cuba rahsiakan.
Allahu..
Rendah nadanya menyentuh kalbu.
Azan Asar berkumandang.
Selesai solat sunat..
Waktu saya dah beri salam, mata terpaku di suatu sudut tiang. Terpandang sebuah beg hitam.
Terus saya pandang kakliza dibelakang.
Allah..
Kakliza ni..
Dok solat lagi.
Lama sangat aihhh...
Saya pandang lagi. Sehinggalah kakliza mula respon. Beri isyarat memanggilnya untuk duduk di sebelah saya.
Me: Kak, cuba pandang. Tu bukan beg akak ka?
Soal saya kepada kakliza.
Terus kakliza hampiri makcik yang duduk bersebelahan beg tersebut.
"Beg makcik ke, ni?"
Tanyanya.
Makcik: Tak. Makcik jumpa di luar. Makcik bawa masuk ke dalam. Entah siapa tertinggal.
Terus kami buka dan....masyaallahhh...beg kakliza!!!!!
Belum sempat kami check barang, iqamah dilaungkan.
Allahu....sayuuuu. Menangis. Terus sujud syukur. Terketar-ketar tangan nak angkat takbir untuk solat berjemaah.
Secepat ini Allah makbulkan doa kami.
Apa yang saya pelajari hari ini:
- Sentiasalah berbaik sangka dengan Allah
- Bertawassul dengan amalan
- Keajaiban sedekah (walaupun kakliza sedekah dengan duit pinjam. Hehe)
- Kita baik dengan Allah, Allah baikkan hati orang dengan kita
- Hati manusia Allah yang pegang. Allah berkuasa 'jentik' hati kita bila-bila masa ja.
- Sebaik-baik tempat adalah masjid untuk kita bertenang
- Yakin. Selagi ada doa, selagi itu ada harapan
Cuma, motif up status kematian..wallahua'lam. Entah apa motifnya, hanya Allah sahaja yang tahu.
Semoga adik yang mengambil barangan tu diberikan hidayah. Kakliza cakap, RM350 tu takpelah dia dah halalkan dan sedekah. Moga adik guna duit tu ke arah kebaikan. Insyaallah.
Sumber : Musminah Binti Mustain
Sumber artikel : OhBulan
No comments: