“Kalau kau rasa dah cukup berani datang depan-depan lah weh, apa barang main sound belakang!” – Kak KM sound pedas Dr. Amalina berhenti kondem produk orang?
Jawapan balas antara Datin Shahida dan Dr. Amalina hangat sebentar di media sosial. Namun baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal Kak KM telah memuat naik satu video seolah-olah mengkritik kenyataan daripada Dr. Amalina.
Video yang berdurasi ….. telah menarik perhatian netizen apabila Kak KM telah memberi amaran kepada doktor tersebut untuk tidak mencampuri urusan ‘mereka’ yang merujuk kepada geng jutawan kosmetik.
Entah ye tak kau ni doktor?
Kawan aku ada jugak doktor, tapi tak main media sosial ni…
Dalam video tersebut, usahawan kosmetik itu mempersoalkan golongan doktor yang sibuk bermain Insta dan sebagainya, kerana rakan-rakannya yang dalam golongan profesional seperti doktor tiada masa untuk melayari media sosial.
Liana Rosli atau Kak KM berkata,
Korang rasa diorang ni ada masa ke nak main Instagram, nak OOTD. Tapi yang lagi teruknya ada yang nak tumpang glamour orang lain. Nak jadi Instafamous!
Engkau hal engkau, aku hal aku!
Engkau lagi bagus kau pegi selamatkan nyawa orang yang tengah nak tinggal nyawa2 ikan tu! Sibuk je nak condem produk orang. Kau pun tak tahu kesahihannya. Kalau berani, meh datang depan lah weh!
Eh, doktor ni nak tumpang femes je!
Di ruangan komen, usahawan kosmetik tran sge nder Safiey Illias dilihat telah meninggalkan komen, mengkritik bahawa golongan doktor memiliki Instagram untuk mengejar populariti sahaja. Kenyataan itu disokong oleh Kak KM.
Tak ada masalah pun, kalau doktor nak ada media sosial
Ada netizen yang menegur mentaliti usahawan kosmetik itu, dengan menjeleskan bahawa tiada masalah untuk seorang doktor memiliki media sosial, kerana mereka melakukannya selepas waktu kerja.
Ni rujuk kat Dr. Amalina ke?
Walaupun dalam video tersebut usahawan itu tidak merujuk nama doktor yang dimaksudkan, namun ada yang membuat spekulasi video itu ditujukan kepada Dr. Amalina.
Nampaknya pertikaian golongan doktor perubatan dan geng jutawan kosmetik masih tiada penamat. Golongan doktor ingin memberi kesedaran kepada pengguna berdasarkan pengetahuannya sebagai yang arif dalam bidang ini, namun menerima kecaman daripada golongan usahawan kosmetik.
Sumber : IG Liana Rosli
Sumber artikel : OhMyMedia
No comments: