Header Ads

10 Shampoo Terbaik Yang Terbukti Berkesan Untuk Menangani Masalah Kelemumur, Tak Perlu Membazir Duit Selepas Ini



Rasa ingin mengaru sepanjang masa dan tak tahan setiap kali memakai pakaian bewarna gelap pasti kelemumur akan kelihatan. Masalah kelemumur sering kali terjadi pada orang yang mempunyai kulit kepala jenis berminyak, jenis yang sering terdedah dibawah matahari yang mengakibatkan kekeringan kulit kepala, alergi ataupun memakai produk yang salah.

 Kelemumur muncul daripada kulit kepala yang tidak sihat jadi cara menghilangkan kelemumur adalah merawat kulit kepala anda.

Innisfree Green Tea Mint Fresh Shampoo 300ml


3 langkah untuk penjagaan rambut dengan jeju mint dan ekstrak teh hijau untuk rambut dan kulit kepala. Syampu yang menyegarkan dan bebas silikon. Diformulasi dengan mint untuk membantu mengawal sebum kulit kepala yang berlebihan dan membuang sisa dari rambut dan kulit kepala anda. Dengan teh hijau dan komponen bebas silikon ia menambah kelembapan pada rambut anda dan menyegarkan kulit kepala anda. Apa yang terbaik tentang syampu ini iailah pewanginya yang segar dan semula jadi.

L’Oreal Els Fall Resist Anti Dandruff Shampoo 360ml


Syampu ini menawarkan rawatan 3 kali aksi rawatan penjagaan yang menyuburkan akar rambut dan folikel, memperkuat dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih tebal. Ia dirumuskan dengan arginine untuk membantu menyuburkan rambut dari akar ke hujung. Dengan ZnPT membantu menyihatkan kulit kepala dari masalah kelemumur akibat kulit kepala yang tidak sihat. Kulit kepala akan terasa lebih segar dan bermaya dengan syampu ini.

Ekstra: Tingkatkan Keyakinan Anda dengan Syampu Terbaik untuk Kelemumur dan Rambut Gugur

Dalan d’Olive Anti-Dandruff Shampoo


Syampu anti-ketombe minyak zaitun Dalan d’Olive untuk anda dengan 100% sabun minyak zaitun yang dijamin oleh kualiti Dalan. Kami percaya bahawa jika anda ingin mencapai hasil sebenar, anda memerlukan penjagaan yang nyata setiap kali anda menggunakannya. Dengan bahan kaya dengan aktif kompleks membantu mencegah rambut gugur dan protein sutera memberikan kelembutan pada rambut anda. Kesan anti-bakteria di dalam syampu ini melawan dengan mikroorganisma yang menyebabkan kelemumur dan meninggalkan kulit kepala yang lebih sihat dan bebas masalah.

Himalaya Anti-Dandruff Shampoo


Syampu yang memberi pengalaman untuk anda merasakan produk dari bahan semulajadi dengan rasa segar. Syampu anti kelemumur Himalaya berkesan merawat akar yang menyebabkam kelemumur dengan rawatan lembut pada rambut dan kulit kepala anda. Kegunaan harian syampu ini sememangnya akan membantu dengan jelas mengurangkan serpihan, kegatalan, penurunan rambut, dan mencegah kelemumur dari muncul kembali.

Ekstra: 15 Syampu untuk Semua Jenis Rambut Tidak Kira Umur

Natural Olive Essence Hair Care Silky Charming Hair Shampoo Anti Dandruff


Minyak Zaitun sememangnya baik untuk rambut. Manfaatnya seperti melembutkan rambut, melembapkan, menyuburkan rambut dan merawat kulit kepala berkelemumur. Rambut anda lebih sihat dengan set penjagaan rambut minyak zaitun ini, anda dapat melihat hasil peningkatan yang lebih baik 2-3 minggu.Rambut bebas dari sel-sel kulit mati di kepala yang menyebabkan kelemumur dan anda akan terasa lebih berkeyakinan.

Safi Shayla Shampoo – Anti Dandruff



Syampu yang sesuai untuk wanita bertudung. Akibat tiada pendedahan cahaya matahari menyebabkan rambut busuk dan tidak sihat keadaan seperti itu boleh menyebabkan sebum dan peluh yang berlebihan pada kulit kepala yang menyebabkan kulit kepala gatal, masalah rambut & perasaan tidak selesa yang tidak dapat ditanggung. Habbatus Sauda dikenali sebagai ubat yang hebat untuk menyembuhkan dan sememangnya baik untuk kulit kepala dan rambut bermasalah, menanggalkan kepingan tanpa mengeringkan kulit kepala dan melembapkan rambut untuk lebih terurus.

GVC Anti-Dandruff Care Shampoo 700ml 



Syampu penjagaan anti-ketombe, ini tulen dengan pembersihan organik minyak habbatus sauda (Organik Minyak Benih Hitam) yang berfungsi untuk menyahtoksik rambut anda. Formula pelindung kami membantu menghilangkan dan menghalang kemunculan semula kelemumur, dengan campuran ekstrak maca root semula jadi dan vitamin B5 membantu dalam menguatkan folikel untuk mengurangkan penurunan rambut. Jangan risau kerana syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna tambahan, dan tidak diuji pada haiwan.

VLCC Dandruff Control Shampoo 200Ml



Syampu dengan urut perlahan-lahan ke rambut dan kulit kepala yang basah dan biarkan selama 2-3 minit dan bilas dengan teliti. Dirumus dengan gabungan unik rosemary dan pudina untuk mengurangkan kelemumur secara berkesan tanpa mengeluarkan kelembapan rambut. Minyak rosemary yang berfungsi sebagai anti-bakteria untuk melindungi jangkitan kulit kepala dan menghilangkang kelemumur. Manakala, ekstrak daun pudina membantu melegakan kulit kepala. Rambut anda akan kelihatan berkilat, sihat dan bebas kelemumur.

Pantene Pro-V Anti Dandruff Shampoo 670ml



Syampu ini bewarna putih dengan tekstur yang lembut di tangan anda. Syampu anti kelemumur Pantene PRO-V ini sangat hebat, anda dapat merasakan perbezaan dari hanya cucian yang pertama. Kelemumur akan berkurang hanya dengan beberapa kali penggunaan sahaja. Bukan sahaja itu, malah ia tidak mengeringkan kulit kepala anda. Dengan formula pelembap ia mampu menyuburkan kulit kepala dan menjadikannya bersih dan sihat dengan penggunaan biasa. Ia bukan sahaja membantu untuk menghilangkan kelemumur, tetapi juga memberi kesinaran pada warna rambut anda.

Dove Shampoo Dandruff Care 375ml



Syampu yang melegakan kulit kepala yang gatal dengan lembut dan lancar. Formulanya itu yang dapat berfungsi dengan cepat untuk membersihkan serpihan dan melawan kelemumur dari basuhan yang pertama. Formula yang dibuat dari zink pyrithione terbukti berjaya menghilangkan kelemumur, menghilangkan kulit kepala gatal dan membersihkan rambut dengan berkesan. Menyuburkan dari akar ke hujung dan menggabungkan hasil rambut yang indah dengan cukup lembut untuk digunakan setiap hari.


Sumber artikel : Productnation.co

No comments:

Powered by Blogger.