Header Ads

Mua Bellaz bermurah hati belanja seluruh bakal pengantin Kedah, tawar harga make-up seikhlas hati



Semalam di laman Facebook Mua Bellaz, dia ada memuat naik satu status membawa perkhabaran gembira kepada bakal pengantin di negeri Kedah, apabila dia menawarkan akan menyediakan perkhidmatan solekan bayaran seikhlas hati kepada bakal pengantin yang ingin merasai sentuhan solekannya.

Open TQ Bellaz Make-up!



Bella nak gembirakan hati korang, sebagai tanda terima kasih…

Assalamualaikum hampa berita gembira buat rakan-rakan Bellaz. Insya-Allah start febuari 2019, Bellaz akan open make-up “Tq bellaz makeup”

Kepada bakal-bakal pengantin Bellaz yang tidak berkemampuan untuk bayar Mua Bellaz untuk make-up pengantin atau tunang, tapi dia nak jugak rasa air tangan Bellaz make-up muka dia, Bellaz akan buka peluang ni khas untk hampa.



Hampa bayar RM5, RM10 pun Bellaz terima!

Just bayar sahaja apa bajet hampa ada, tak kisah RM5, RM10, RM50 dan RM100, Insya-Allah Bella terima dengan hati yang ikhlas nak melawakan di hari bahagia hampa, seikhlas hati Bellaz, suami Bellaz pun turut mengokong n dia cakap dapat pahala lebih. Insya-Allah bantu orang yang tidak berkemampuan.


Barangan Bellaz guna macam make-up RM500. Suka tak? Tapi area kedah sahaja, datang butik Bellaz, tapi please jujur kita nak bantu orang yang betol-betul, siapa yang tidak berkemampuan, Insya-Allah.

Bellaz nak letak belakang dulu sakit pingang or sebagainya. Tapi Insya-Allah jika kita gembirakan hati orang hari ini Insya-Allah, Allah akan gembirakan hati kita lebih lagi.



Ruginya! Saya dah kahwin, teringin nak Bellaz make-up kan!

Setelah Mua Bellaz membuka tawaran ini, posting tersebut telah menerima 27 ribu like daripada netizen, yang rata-rata telah meninggalkan komen berharap agar mereka terpilih untuk merasai air tangan hasil jurusolek terkenal itu.

Mereka juga turut memuji hasil usaha Bellaz untuk membantu bakal pengantin yang kurang berkemampuan, dan mendoakan agar rezeki Bellaz dimurahkan.



Baiknya hati Bellaz! Kalau macam ni, saya nak kahwin tahun depan




Sumber artikel : Ohmymedia

No comments:

Powered by Blogger.