Gaji suami cuma RM2500 sebulan,tapi boleh sara kami 8 orang anak-beranak. Ini cara yang saya amalkan...
Tip Murah Rezeki : Walau Gaji Kecil, Cukup Sara Anak Ramai
Suami Tak Pernah Kedekut Dengan Isteri Dan Anak-anak.Biasanya bila dapat gaji, suami saya akan settlekan semua bil-bil elektrik, air, telefon, insurans, loan bank, duit van anak dan sewa rumah dalam RM300.
Kemudian, dia akan bagi bajet belanja rumah RM500 dan duit belanja untuk saya RM100. Selebihnya dia guna untuk minyak kereta dia dan kegunaan diri dia.
Kalau kami terover bajet baru suami tambah guna duit dia. Dia tak pernah kedekut dengan saya dan anak-anak.
Belanja Dapur Beli Time Sale Je
Saya cuma kawal belanja dapur dan beli time ada sale. Beli pun barang-barang penting. Saya beli jenama yang murah-murah dan ambil barang clearance saja.
Beli barang dapur kalau boleh cari yang 50% atau barang clearance. Biasa saya beli barang dapur kat AEON sebab tu je mall yang dekat dengan rumah saya.
Set Limit Waktu Berbelanja
Waktu berbelanja, saya dah set limit barang paling mahal saya capai pun RM20. Tak kira la baju ke. Kalau suami yang nak belanja kita, lebih baru lah kita ambil. Biasa saya suka pergi AEON usha baju longgok 70% dapatlah sehelai RM8.20.
Pakaian dalam pun kalau sale murah-murah, 3 helai RM5 pun saya ambil lebih.
Guna Sistem Sampul
Selagi boleh jimat saya akan jimat. Duit saya asingkan dalam sampul siap-siap. Dan tulis untuk beli apa.
Contoh:
Barang dapur (makanan) RM300
Sabun (pencuci kain dan sabun pinggan) RM100
Pampers anak RM100
Tak cukupkan?
So penjagaan diri suami akan belikan. Sebab dia cerewet bab penjagaan diri ini. Bajet dalam seratus. Nak makan sedap-sedap pun sebulan sekali dua je.
Saya Cari Juga Duit Buat Tambah Tambah Belanja
Saya pun ada juga jual-jual chocojar dari rumah. Cukup lah buat tambah belanja anak-anak makan luar dan beli lauk.
Kena sorok duit dari suami sebab kalau dia tahu saya belanja guna duit saya nanti dia ganti balik. Saya pulak rasa bersalah.
Risau takut terbebankan dia. Dia kata guna duit saya jangan sesekali pakai buat belanja rumah. Pakai untuk beli barang peribadi saya je.
Allah.. dapat suami macam ini bersyukur saya.
Suami Tak Pernah Abaikan Mak Ayah Sendiri
Dia tak pernah abaikan mak ayahnya. Cukup je duit dia, dia hulur kat mak ayah dia dan buat simpanan untuk anak-anak.
Suami selalu kata, “In shaa Allah ada rezeki lain yang masuk walaupun tak banyak. Tapi Alhamdulillah, Allah beri.”
Isteri Kena Sentiasa Bersyukur
Katanya lagi, “Biar orang nampak kita serba serbi macam orang miskin. Pakai serba buruk, duduk rumah buruk, janji perut kenyang.”
Akuinya lagi sebagai isteri, kena sentiasa bersyukur. Apa yang suami beri itulah yang kita makan dan pakai. “Jangan pernah malu dengan kehidupan kita.”
“Bagi lelaki-lelaki yang belum bertemu jodoh, yang sibuk nak cari wanita bekerja untuk dijadikan isteri. Jangan pernah takut untuk kahwin dengan wanita yang tak bekerja ni. Rezeki datang dalam pelbagai sudut dan cara.”
No comments: