"Amoi, Tunggu Ye Saman Malu Dari Saya!" - Ibu Anak Kencing Dalam Tren KTM Beri Penjelasan Sebenar Apa Yang Berlaku...
Sebelum ini tular kisah sepasang suami isteri dikatakan membenarkan anak kecil mereka membuang air di atas kerusi tren Keretapi Tanah Melayu (KTM)
Insiden tersebut telah membuatkan seorang wanita memuat naik satu kenyataan di laman Facebook miliknya akibat berang kerana air kencing budak itu bukan sahaja mengotorkan kerusi tren KTM bahkan turut terkena kasut dan bagasinya.
Menerusi perkongsiannya itu, XinTian menyatakan bahawa dia terkejut dengan tindakan ibu bapa budak itu yang dikatakan langsung tidak menghiraukan kelakuan anaknya bahkan menggalakkan lagi perbuatan itu dengan menolong membukakan seluar untuk kencing di atas kerusi tren KTM.
XinTian yang bengang dengan kejadian itu terus menegur kedua ibu bapa budak tersebut namun dikejutkan dengan respon si bapa yang menurutnya dikatakan sanggup membayar orang untuk bersihkan kotoran tersebut.
Akibat penularan insiden tersebut di laman sosial, ibu kepada budak itu telah tampil memberikan penjelasan
Ibu kepada anak kecil tersebut telah membuat kenyataan di laman Facebook miliknya demi membersihkan namanya serta keluarga dia yang telah difitnah, dimaki dan dihina oleh orang ramai di laman-laman sosial.
Menerusi perkongsian Norasikin Samsudin, dia menolak dakwaan membuka seluar anaknya dan menyuruh anaknya itu kencing di kerusi tren. Bukan itu sahaja, Norasikin turut menyatakan bahawa walaupun kedua-dua anaknya itu memang tidak memakai pampers namun mereka telah pun disuruh untuk membuang air kecil sebelum naik KTM.
Malang tak berbau, anaknya yang kecil itu terasa ingin kencing ketika mereka sekeluarga berada di dalam tren. Akibat tidak mampu menahan, air kencing itu terlepas juga dan perkara itu telah mengejutkan dia serta suaminya.
Tambahnya lagi, dia dan suaminya telah berjumpa dengan pihak KTM dan polis untuk memaklumkan perkara tersebut
Menurutnya, pihak KTM dan polis memahami situasi yang dilaluinya bahkan menyatakan pernah terjadi kes di mana ada orang yang terberak di dalam tren KTM akibat ketiadaan tandas.
Norasikin yang terkilan dengan apa yang berlaku telah meminta orang ramai agar berhenti menularkan kisah anaknya itu
Bukan itu sahaja, dia dan suaminya juga telah membuat laporan polis serta MCMC tentang kejadian ini dan akan membuat tuntutan saman malu kepada yang terbabit.
Sumber : Says
No comments: