Header Ads

"Tak Ada Akhlak Dan Adab!"- Datin Shahida Yang Sangat Dikenali Dengan Sikapnya Yang Sabar Dan Lembut Akhirnya Mengamuk? Apa Yang Berlaku Sebenarnya?



Datin Nur Shahida Mohd Rashid atau lebih dikenali sebagai Shahida  sangat dikenali sebagai seorang yang sabar dan lembut orangnya. Tidak pernah lagi kita lihat isteri kepada jutawan yang juga selebriti, Datuk Aliff Syukri itu melenting walaupun seringkali mendapat tempias apabila suaminya melakukakn sesuatu yang mendapat kecaman netizen.

Bagaimanapun, mungkin sudah hilang sabar apabila anaknya turut menjadi mangsa kutukan dan hinaan, Shahida meluahkan rasa kecewa dan sakit hati di akaun Instagram miliknya semalam.

Ianya dipercayai berpunca daripada perbuatan netizen yang menghantar mesej personal ke akaun miliknya dan mendoakan keburukan anaknya yang tidak berdosa.


Tidak ada adab, orang yang tak berkaitan jadi mangsa...



Marah betul nampaknya Shahida. Yelah, mak mana yang sanggup dengar anaknya dikutuk dan didoakan keburukan sedangkan anak itu belum pun mengenal erti dosa pahala? 

Sementara itu, rata-rata pengikut Shahida di Instagram turut merasa berang dengan sikap individu yang tidak sensitif tersebut serta meminta Shahida untuk bersabar. 



Dalam posting yang berbeza, Datuk Aliff Syukri meminta agar netizen menghormati keluarganya dan tidak mengaitkan mereka dalam apa jua dilakukan olehnya. Tambah Aliff lagi, isterinya seringkali menegurnya dan sangat tidak adil sekiranya netizen menuding jari kepada isterinya yang tidak bersalah. 


Kasihan Shahida kerana turut terpalit sekali dengan kontroversi yang melibatkan suaminya. Mungkin Aliff pun kena kurangkan aktiviti yang boleh menimbulkan tanggapan yang kurang elok. Apa pun, diharap kita sama-sama menjaga tutur kata kerana dikhuatiri akan menyakitkan hati orang lain.- CARI

No comments:

Powered by Blogger.