Header Ads

Shahida Kesan Anak Keduanya Disleksia Sejak Dari Usia 5 Tahun. Menulis Terbalik Dan Sukar Fokus Lama Antara Salah Satu Simptomnya



Tidak putus asa walau pun pada mulanya anak sukar untuk menguasai pelbagai kemahiran seperti menulis terbalik dan sukar memberikan tumpuan dalam tempoh yang lama.


Datin Sri Shahida menerusi posting Instagramnya mendedahkan yang anak keduanya, Qadejah El-Zahra, 8 tahun disleksia. Berikut ialah perkongsian beliau;

INI SIMPTOM DISLEKSIA YANG DITUNJUKKAN

Qadejah anak disleksia…Mewarisi genetik dari @aliffsyukriterlajaklaris …..Dia lambat membaca bila saya hantar ke sekolah biasa….Suka pakai kasut terbalik…Suka menulis huruf terbalik ,tak boleh fokus sesuatu benda dalam masa yang lama, imaginasi tinggi dan di luar kotak…Dan bila menulis akan nampak seperti reflek cermin… Contoh mama akan jadi amam…..Mengaji pun lambat faham berbanding Ammar dan Baem….

DIHANTAR KE PUSAT DISLEKSIA



Atas nasihat guru Qadejah saya hantar ke Pusat Disleksia selama 3 bulan….Dia tak suka, hari-hari merungut….Alhamdulillah sekarang banyak perkembangannya, menulis masih terbalik tapi banyak dah ok…

SUDAH BOLEH MEMBACA

Boleh membaca…sebab cara ajarannya tak boleh macam kanak-kanak biasa…Jadi parents kalau ada anak yang lambat atau simptom macam ni saya sarankan buat test……Jangan ingat anak kita tak pandai..

SUKA MELUKIS

Tapi apa yang saya nampak anak disleksia ni suka melukis……Bijak dan berpandangan jauh…Berfikir di luar kotak yang orang lain tak fikir…Sifat dia juga pelik2…..Buat benda yang tak dijangka…..



Posting ibu kepada empat anak dan ibu angkat kepada dua anak angkat ini menerima pelbagai reaksi netizen.  Apa yang dikatakan Datin Sri Shahida mengenai disleksia diakui oleh ibu bapa anak disleksia yang lain.



Malah ada di kalangan netizen yang bertanyakan info mengenai simptom dan apa yang perlu dilakukan selepas anak menunjukkan simptom-simptom disleksia. Ia membuka mata kebanyakan ibu bapa mengenai disleksia dan saling berkongsi info mengenainya.
















Sumber: Instagram Shahidadherbs


sumber artikel : https://majalahpama.my/datin-sri-shahida-kesan-anak-keduanya-disleksia-sejak-usia-5-tahun-menulis-terbalik-dan-sukar-fokus-lama-antara-simptomnya/

No comments:

Powered by Blogger.