Header Ads

(Video) Selepas dapat tahu lebih dua bulan cikgu kesayangan ini tidak mendapat gaji, Pelajar berpakat kumpul duit sehingga cecah RM1500, Usaha mereka buat ini membuatkan cikgu ini sebak tidak terkata...



Bruno Rafael Paiva tidak menerima gaji dalam tempoh dua bulan dan mendiami sekolah tempat dia mengajar sepanjang tempoh tersebut.

Menurut Paiva, dia telah menggantikan cuti bersalin guru lain namun, disebabkan birokrasi, namanya belum dimasukkan dalam senarai gaji.

“Saya dah lakukan semuanya, tapi birokrasi ini membuatkan segalanya menjadi sedikit sukar.”



Kesusahan yang dialami Paiva diketahui para pelajarnya.  Mereka dengan itu menubuhkan tabung dan berjaya mengumpul sebanyak RM1,500 menggunakan duit mereka sendiri.

Paiva masuk ke kelas pada hari itu seperti hari-hari yang biasanya.  Tetapi bagi pelajarnya, hari tersebut merupakan hari yang bermakna buat mereka dan guru yang disayangi.

“Ini tidak boleh terjadi, bagaimana anda semua boleh melakukannya?” Paiva berkata sambil membuka hadiah yang diletakkan di atas meja.

Paiva yang terkejut dengan hadiah tersebut, menitiskan airmata kerana terlalu terharu diatas tindakan yang dibuat pelajarnya.



“Mereka adalah pelajar seperti saya juga, yang masih membuat saya percaya pada pendidikan negara, percaya kepada cintakan orang lain, dalam belas kasihan meletakkan diri di tempat orang lain, dan meletakkan rasa hormat dan cinta kepada pendidiknya.”

Terkesan melihat guru mereka menangis, seluruh pelajar kelas tersebut bangun dan memberikan pelukan.



Sumber : Bruno Rafael Paiva via siakapkeli

No comments:

Powered by Blogger.