Header Ads

"Saya Disuruh Masak Atas Alasan Saya Seorang Perempuan" - Habis Yang Lelaki Buat Apa?



Zaman dahulu, wanita sering dikaitkan dengan dapur. Sejak kecil lagi, ibu bapa akan mendidik anak-anak perempuan mereka menolong ibu mereka di dapur kerana apabila sudah besar dan berkahwin, mereka perlu mahir dan pandai memasak. Bagi ibu bapa,ia amat memalukan  jika anak perempuan mereka tidak pandai memasak.

Tetapi bukan bermakna lelaki tidak boleh masuk ke dapur untuk membantu ibu dan isteri mereka. Jika wanita mampu melakukan tugas seorang lelaki di rumah, maka seorang lelaki juga perlu melakukan tugas wanita di rumah. Ramai yang tahu beban seorang wanita yang bekerjaya dan menjadi ibu adalah berat untuk dipikul. Jadi, apa salahnya jika anak lelaki atau suami turut membantu kerja-kerja di dapur dan pandai memasak.

Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang abangnya yang menyuruh dia menggoreng sosej dan kentang untuknya atas alasan dia seorang perempuan. Jika diikutkan, bukannya susah pun menggoreng sosej dan kentang. Betul tak?


Kerja rumah dan memasak ni kerja perempuan saja ke?

Netizen wanita rata-rata tidak suka dengan sikap abang wanita ini kerana menganggap kerja-kerja di dapur wajib dilakukan oleh orang perempuan sahaja. Malah ada netizen lelaki yang menyokong tindakan abang wanita ini dan ia menyebabkan netizen wanita menjadi semakin bengang.


Dah la orang masak, lepas makan tinggal je

Hakikatnya, ramai wanita yang rajin masuk ke dapur untuk menyediakan makanan dan membuat kerja-kerja rumah tetapi apa salahnya jika orang lelaki turut membantu mengemas selepas makan. Sekurang-kurangnya kurangnya dapat meringankan kerja dan kepenatan mengurus makan dan pakai mereka sekeluarga. Ini tidak, sudahlah ibu, isteri atau adik beradik perempuan yang masak, ditinggal pula sisa makanan dan pinggan kotor di atas meja.


Ingat wanita ni kuli ke?

Apa maknanya jika wanita sudah menganggap mereka sebagai kuli? Mungkin kepenatan mereka sudah tidak tertanggung kerana terpaksa melakukan tugas di rumah seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Tetapi, bagi seorang lelaki, besar ganjaran yang diperoleh oleh seorang wanita lebih-lebih lagi yang bergelar isteri kerana menyediakan segala makan minum dan pakaian suami.



Ada netizen yang tidak menganggap suruhan abang wanita ini sebagai sesuatu yang serius tetapi sekadar untuk mengeratkan hubungan mereka adik-beradik. Apa salahnya adik menolong abang. Lagipun, sikap abang yang suka mengusik atau membuli adiknya boleh membuatkan hubungan mereka lebih mesra. 



Zaman sekarang, ramai lelaki yang menjadi chef dan tukang masak. Jadi, bukan alasan bagi orang lelaki untuk tidak belajar memasak dan menganggap hanya wanita sahaja yang perlu masuk ke dapur dan menyediakan makanan. Tetapi jika sekali sekala abang nak bermanja dengan adiknya tu apa salahnya. Setuju tak? - CARI

No comments:

Powered by Blogger.