Header Ads

"Satu Malaysia Salah Anggap, Kecam Dan Buat Dosa Kepada Saya" - Linda Onn Luah Perasaaan Teraniayai Oleh Mulut Makcik Bawang



Kecoh baru-baru ini apabila status Linda Onn mengenai peniaga kecil didakwa menganiayai peniaga tersebut. Ini kerana sebaik post di Twitter tular, ia membuatkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengangkut segala barangan penjual char kuey tiow yang tidak berlesen.

Ia dikuatkan dengan post dari pemuda bernama Amirul Dzulkarnain yang mengucapkan terima kasih kepada Linda kerana barangannya telah disita oleh MPAJ.

Dengan post tersebut, ramai yang mengecam Linda kerana dianggap kejam. Namun akhirnya Amirul menjelaskan situasi sebenarnya yang membuatkan ramai netizen marahkannya.



Gambar inilah puncanya yang menyebabkan Linda Onn teruk dikecam.



Linda sendiri sempat menulis komen supaya portal yang menyiarkan ceritanya baru-baru ini tampil membetulkan keadaan.



"Apa masalah kau Amirul?"




Rupa-rupanya Amirul hanya menyambung status Linda sahaja. Dia tidak bermaksud menyalahkan Linda, sekadar memaklumkan sahaja. Semakin kusut pula masalah ini. 



Akhirnya Amirul mengadakan pertemuan dengan Linda bagi menjernihkan keadaan. 



Begitu besar kuasa 'viral' hingga ia membabitkan banyak pihak apabila ada satu insiden berlaku. Linda sendiri dalam status sebelumnya telah meminta maaf kerana menimbulkan kekalutan, kerana niatnya hanyalah mahu meluahkan perasaan dan tidak menyangka ia mendapat perhatian ramai pihak. 

Bagaimanapun, diharapkan dengan penjelasan kedua-dua pihak, moga-moga semua pihak jelas dan memahami undang-undang yang telah digariskan. - CARI 

No comments:

Powered by Blogger.