Header Ads

Resepi Lengkap Nasi Ayam Penyet Dari Cikgu Afiy Ini Memang Sungguh AWESOME, Rugi Kalau Korang Tak Cuba, Cuba Sekali Nak Berkali-kali...



Nasi Ayam Penyet

Sebelum ni saya dah kongsi nasi ayam lemon. Seronok tengok ramai yang berminat. Hari ni resepi lengkap untuk nasi ayam penyet pulak. Seperti biasa, resepi ini versi saya sendiri untuk penyediaan yang mudah.

Boleh follow fb saya untuk resepi lain yang lengkap.

Selamat mencuba.


Hidangan lengkap.

Tak rugi nak cuba. Hii


Adunan tepung goreng ayam

Bahan-bahan
- 3/4 cawan tepung beras
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil jintan putih dan 1 sudu kecil rempah ketumbar dikisar dengan sedikit air.
- 1 sudu kecil kunyit
- 1/2 sudu kecil perencah serbuk Maggi
- 1/2 sudu kecil rempah kari 
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih

1. Semua bahan di atas disatukan dalam satu bekas.

2. Tambahkan dengan air kapur ( secubit kapur + 1/4 cawan air)

3. Kacau rata.


Adunan yang telah dikacau.

Konsistensinya jangan begitu cair untuk tepung melekat dengan cantik.


Rupa ayam setelah disalut tepung. Melekat elok.

*ayam ini telah direbus bersama dengan sup untuk gabungan ayam penyet lengkap.


Panaskan minyak dalam periuk kecil. 

Setelah minyak betul-betul panas, masukkan ayam. Masak dengan api sederhana perlahan sahaja.

Sewaktu menggoreng, tutup periuk dengan penutupnya untuk mengekalkan kelembapan ayam.

*Ayam digoreng tidak terlalu lama kerana telah masak sebelumnya.

* Boleh diketuk/penyet sedikit selepas diangkat.


Salut juga adunan tepung pada tempe dan tauhu yang dipotong. 

Angkat setelah garing.



Ini cara saya sendiri buat serdak keriuk yang paling senang dan rangup. 

Lebihan salutan tepung tadi, masukkan 2 sudu besar serbuk roti. Boleh dapatkan serbuk roti di kedai bakery.



Begini rupa serbuk roti setelah digaul rata dengan lebihan salutan tepung tadi.


Goreng dalam minyak panas. Balik-balikkan.

Toskan. Tumbuk dengan lesung batu atau kisar seketika untuk menghaluskan serdak.


Sambal Raden

Bahan-bahan
- 6 tangkai cili merah ( dipotong pendek)
- 2 tangkai cili padi merah
- 1/2 genggam ikan bilis
- 1 ulas bawang putih
- 1/4 bawang besar Holland
- secubit belacan
- 1/2 biji tomato
- 1/4 hirisan halia( sedikit je ye)

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak secukupnya.

2. Masukkan ikan bilis terlebih dahulu. Goreng seketika. Bukan sampai garing kering tau.

3. Seterusnya, masukkan bahan-bahan selebihnya. Goreng sehingga bahan menjadi layu sebelum ditoskan.

4. Selepas bahan goreng tersebut suam, kisar kasar seketika. Tak perlu gunakan air.

5. Tumis dalam minyak yang digunakan tadi. Kacau rata dengan api perlahan.

6. Seterusnya masukkan air asam jawa ( secubit asam jawa+ 1/4 gelas air).

7. Masukkan secubit gula Melaka, 1 sudu kecil kfc garam dan 1/2 sudu kecil kfc gula serta sedikit perasa.

* Kuantiti rasa terpulang pada citarasa masing-masing.

8. Tutup api setelah sambal pecah minyak dan cukup rasanya.

* Resepi sambal di atas untuk 2 orang makan. Sebab lupa beli lada merah banyak. Nanti gandakan bahan sahaja jika dalam kuantiti banyak.


Sup Ayam

1. Masukkan kaki ayam. Kalau tak nak guna kaki, masukkan 1-2 ketul bahagian ayam yang bertulang dalam periuk. Tambahkan 3 1/2 cawan air dan satu sup bunjut.

Renehkan dalam api perlahan kira-kira setengah jam untuk kaki ayam empuk.

2. Seterusnya, masukkan ayam yang telah dicucuk rata dengan garfu.

Masukkan 1 sudu besar garam dan 1/2 kiub ayam.( Kuantiti terpulang pada citarasa sendiri)

3. Panaskan minyak, tumis 3 sekawan. Masukkan 2 ulas bawang putih yang diketuk, 1/4 hirisan bawang Holland, 1 tangkai cili padi hijau dan 2 hiris halia. Tumis hingga naik bau.

4. Tambahkan 1 senduk sup yang sedang mereneh dalam bahan tumis. Masukkan juga 1 sudu kecil serbuk lada sulah dan 1 sudu kecil rempah sup keluaran Baba's. 

5. Masukkan secubit sahaja serbuk kunyit. Biarkan ia mendidih seketika.

6. Tuang bahan tumis tadi ke dalam periuk sup yang sedang mereneh.

7. Kacau rata. Tutup api selepas sup sudah cukup rasa. Keluarkan bahagian ayam yang digunakan untuk menggoreng. Toskan.

8. Yang nak nampak sup cantik, tapis kuah sup dari segala bahan yang telah ditumis tadi.

*Sup ini juga sama penyediaan untuk memasak soto.


Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.




Boleh follow fb cikgu afy untuk resepi lain yang lengkap.

No comments:

Powered by Blogger.