Header Ads

Wanita bijak tidak kedekut ilmu ini kongsi tips belanja hanya RM4,115.90 untuk majlis perkahwinannya. Mengagumkan, Korang pun patut cuba!



Mengejutkan, kos yang diperlukan untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan adalah sangat tinggi sekitar RM20,000! Dengar sahaja nombor tersebut, kita pasti akan memikirkan tentang jumlah wang yang perlu disimpan setiap bulan sehingga terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan demi membina masjid. Aduh, boleh botak kepala!

Tetapi, seorang pengguna Facebook bernama Syazliah telah berkongsi beberapa tips yang beliau lakukan untuk mengadakan majlis perkahwinannya dengan kos serendah RM4,000 SAHAJA! Lebih tepat lagi, Syazliah hanya membelanjakan sebanyak RM4,115.90 untuk keseluruhan majlis tersebut.



Ikuti perkongsiannya di bawah:

#1. Pelamin


Pelamin mini yang ringkas tetapi cantik dan sesuai dipadankan dengan semua warna baju ini ditempah daripada Facebook FarahAina Bridal dengan harga RM600 (tak termasuk caj perjalanan).



#2. Inai tangan


Nasihat wanita ini, pilih inai dengan corak yang ringkas kerana lebih ringkas, harganya adalah lebih murah. Syazliah mendapatkan perkhidmatan berinai daripada Facebook Cahaya Hidayah dengan harga sebanyak RM70 (tak termasuk caj perjalanan).

#3. Cincin pengantin lelaki


Syazliah membelikan cincin untuk suaminya di kedai silver pada harga RM150 sahaja.

#4. Kos katering dan kanopi



Khemah disewa pada harga RM200 manakala katering pula ditempah untuk 200 orang tetamu sahaja.

“Mula-mula aku nak tempah untuk 150 orang makan sahaja sebab aku tak jemput ramai orang, hanya jiran sebelah rumah dan kawan-kawan terdekat sahaja. Alhamdulillah, kakak katering bagi RM10 sahaja untuk sekepala. Duit aku, bajet aku ada banyak itu sahaja. Aku tak mampu nak jemput orang ramai-ramai. Buat yang termampu”.

Harga : RM10 x 200 tetamu = RM2,000

#5. Hantaran dan juga cenderamata



“Tentang barang hantaran, bergantung kepada individu, kalau bajet besar, boleh beli barang berjenama. Aku beli set mandian RM15 sahaja. Duit selebihnya untuk beli beg tangan idaman.”

Sementara itu, bagi cenderamata untuk diberikan kepada para tetamu pula, dia membeli 100 keping surah Yaasin yang berharga RM0.30 untuk sekeping. Gula-gula dan makanan ringan pula ditaja oleh sepupunya.

Anggaran kasar : RM500

#6. Kos baju pengantin


Dari awal lagi, Syazliah sudah nekad untuk membeli baju pengantinnya sendiri dan tidak mahu menyewanya dari butik pengantin. Bagi suaminya pula, pakaian tersebut dibeli di Gene Martino pada harga RM100 sahaja. Tudung pula dibeli di pasar manakala kasutnya dibeli di Vincci.

Baju : RM229
Tudung : RM7.90
Kasut : RM109
Keseluruhannya hanya RM345.90.

#7. Kos solekan pengantin perempuan


Syazliah menggunakan perkhidmatan solekan daripada Eyla D’touch pada harga RM250 (tak termasuk caj perjalanan).

#8. Majlis bertandang di rumah pengantin lelaki


Majlis bertandang dilakukan pada hari yang sama sebelah petang iaitu selepas Asar. Untuk majlis berkenaan, Syazliah telah meminjam baju sepupunya manakala tudung pula masih kekal menggunakan tudung yang sama.

Untuk solekan pula, Syazliah telah menyolek dirinya sendiri dengan menggunakan alat solekan yang ada.

Kos : RM0


Akhir sekali, Syazliah sempat menurunkan nasihatnya kepada orang ramai yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga:

Jangan ikut atau dengar cakap orang lain. Lakukan setakat yang termampu.
Jangan berhutang kerana selepas berkahwin, pasti lebih banyak duit yang akan digunakan.
Beli barang kahwin 3 ke 4 bulan sebelum tarikh perkahwinan.
Tenangkan hati jika duit tidak mencukupi.
Abaikan mulut orang lain.

Sumber: Syazliah Fateha / Facebook


sumber artikel : http://www.erabaru.com.my/2018/07/18/wanita-cantik-ini-kongsi-tips-belanja-hanya-rm4115-90-untuk-majlis-perkahwinannya-mengagumkan/

No comments:

Powered by Blogger.