Kereta Anda Dijamin Akan Bau Harum Seperti Baru Keluar Dari Showroom Jika Anda Lakukan Cara Ni, Senang Sangat Nak Membuatnya..
Kereta bau busuk? Kami nak ajarkan satu cara untuk memastikan kereta anda sentiasa wangi malah tak salah rasanya jika untuk mengatakan bau yang dihasilkan adalah sama seperti baru keluar dari showroom.
Kebiasaannya perihal mengenai kereta hanya melibatkan golongan lelaki, malah ada yang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk memastikan keadaan kereta mereka sentiasa berada di dalam keadaan tip-top tidak kira di dalam mahupun di luar.
Terima kasih kepada pengguna instagram, Ahmad Aizatnur Zakaria yang sudi berkongsi tips bagi mengekalkan bau asal, semulajadi sebuah kereta. Bahan yang digunakan pula adalah murah dan sentiasa berada di dalam rumah kita. Tak salah mencuba bukan?
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya:
Sediakan 1 bekas plastik. Ambil 1 getah gelang.
Ambil sehelai kertas tisu.
Satu sudu besar kopi.
Letak dalam bekas, tutup dengan tisu dan ikat dengan getah lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yang dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit per tahun utk membeli pewangi kereta.
Selamat mencuba dan jangan sekali kali tukar kopi dengan serbuk teh kerana lain baunya nanti!
artikel menarik lain
Jangan Panik, Ini 7 Petua Kurangkan Masin Dalam Masakan Yang Terlebih Garam
“Alamak, terlebih masin pulak lauk gulai aku ni. Nanti kalau tambah air tak bestlah sebab cair sangat. Apa petua kurangkan masin dalam masakan ye?”
Kalau resepi yang baru cuba memang sukar untuk mengagak banyak mana garam yang diperlukan sampai termasin. Kalau tambah air nanti cair pula kuahnya nanti dankurang rasa lemak. Bahan-bahan lain juga perlu ditambah apabila kuah cair untuk mendapatkan rasa yang betul.
Jangan risau, ada beberapa cara untuk anda selamatkan lauk tersebut dan membetulkan rasa masakan supaya tidak terlalu masin. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari di dapur.
7 PETUA KURANGKAN MASIN DALAM MASAKAN YANG TERLEBIH GARAM
Berikut adalah petua kurangkan masin dalam masakan yang boleh anda praktikkan dalam ‘kecemasan’.
PELEPAH / DAUN PISANG
Gunakan pelepah pisang untuk kurangkan rasa masin. Potong dalam kira-kira seinci, bersihkan dan masukkan dalam lauk dan didihkan bersama sehingga lauk masak. Kemudian buang pelepah tersebut bila nak dihidang.
Selain pelepah pisang, daun pisang juga boleh digunakan untuk kurangkan rasa masin. Caranya ialah dengan meletakkan koyakan daun pisang yang sudah dibersihkan ke dalam juadah yang siap dimasak. Biarkan selama 30 minit. Daun pisang juga dapat meyerap lebihan rasa masin pada lauk.
MASUKKAN KENTANG
Apabila lauk hampir siap dan terasa masin apabila dicuba, jangan panik. Jika tiada pelepah pisang, boleh masukkan sebiji kentang yang dipotong empat di dalam lauk dan biarkan sehingga mendidih. Kentang akan membantu menyerap kemasinan dalam lauk dan mengimbangi rasa masakan.
Boleh juga pakai sayur-sayuran yang tinggi kandungan air seperti terung dan timun yang dipotong secara memanjang untuk membetulkan rasa masin pada juadah.
BERAS
Masukkan sedikit beras yang dah dibasuh ke dalam sehelai kain bersih yang jarang. Ikatkan seperti bunjut dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih masin.
Bunjut beras ini akan menyerap lebihan rasa masin dalam lauk. Bila lauk dah siap masak dan rasanya pun dah OK, bolehlah keluarkan bunjut beras tadi.
HAMPAS KELAPA
Dengan teknik yang sama seperti membuat bunjut beras, anda boleh ambil sejemput hampas kelapa ikatkan supaya menjadi bunjut. Masukkan bunjut kedalam lauk dan masak bersama dalam 15 ke 20 minit.
Bunjut hampas kelapa dapat membantu membuang rasa masin berlebihan dan turut memberi rasa lemak pada lauk. Kemudian, boleh keluarkan bunjut tadi dari lauk.
CEBISAN ROTI
Bagi lauk yang berkuah pekat seperti sup cendawan atau stew, adalah lebih baik untuk mengekalkan kepekatannya supaya lebih enak. Daripada menambah air, terdapat cara yang lebih praktikal untuk membetulkan rasanya.
Ambil beberapa keping roti dan koyak kepada beberapa cebisan. Kemudian, masukkan ke dalam kuah supaya ia dapat menyerap rasa masin. Setelah roti terendam, keluarkan roti dan cuba rasa masih masin atau tidak. Jika masih masin, ulang beberapa kali sehingga rasanya memuaskan.
IMBANGKAN RASA MANIS & MASAM
Selain penggunaan barang dapur seperti sayuran dan roti, boleh juga gunakan perasa lain untuk meneutralkan kembali rasa makanan. Tambahkan sesudu gula, kacaukan dan kemudian tambahkan sesudu perasa masam seperti cuka atau perahan limau nipis. Boleh ulang beberapa kali sehingga mencapai rasa yang diinginkan.
Boleh juga cuba untuk memekatkan kuah lagi dengan cara menambah santan sehingga cukup rasa.
TEKNIK TUTUP PERIUK
Apabila rasa lauk agak masin, tutup lauk dengan tudung periuk dan didihkan beberapa minit. Biarkan seketika. Kemudian, angkat tutup periuk dan basuh dengan air paip. Biarkan basah dan tutup semula periuk tadi dan tunggu lagi 10 minit.
Ulangkan lagi dan alihkan tutup periuk apabila lauk dihidang. Lauk akan menjadi kurang masin dengan sendirinya.
MUDAHKAN?
Memasak sendiri sebenarnya adalah cara terbaik untuk mengawal pemakanan dengan berkesan. Pakar kesihatan mengesyorkan pengambilan garam dalam satu suku sudu teh sahaja dalam diet harian. Dengan memasak sendiri, kita dapat menyukat sendiri jumlah perencah dan perasa dalam lauk.
Jadi, jangan rasa down kalau masakan tak jadi atau tersilap sukatan. Semoga dengan petua kurangkan masin ini, anda masih dapat menyelamatkan rasa masakan dan menjadikannya lazat untuk dihidangkan!
No comments: