"Hasil Melacur Diterima Tuhan Asalkan Jujur!" - Pengasas Pondok Khas Untuk Golongan Mak Nyah
Mengarut! Pengasas Pondok Pesantren Waria Al-Fatah, Shinta Ratri yang terletak di Yogyakarta, Indonesia ini mendakwa Islam menerima golongan transgender (bertukar jantina) kerana Islam merupakan rahmat untuk seluruh alam.
“Kami mahu buktikan Islam menerima golongan transgender dan Islam merupakan rahmat untuk seluruh alam,”katanya.
Sekolah pondok tersebut merupakan satu-satunya madrasah pengajian agama yang dibina khas buat golongan mak nyah.
Apa yang lebih menyedihkan, Shanti yang berusia 55 tahun ini turut menyokong tindakan penuntutnya yang mencari sumber pendapatan dengan melacurkan diri dan seks sumbang dan mendakwa semua pekerjaan diterima oleh Tuhan asalkan ianya dilakukan dengan jujur dan ikhlas.
Penubuhan madrasah tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk republik tersebut namun ianya tidak mematahkan semangat Shanti Ratri untuk meneruskan perjuangannya dalam memartabatkan kedudukan golongan mak nyah dalam Islam.
Shanti yang sebelum ini pernah bergelar seorang isteri dan pernah berkahwin dengan dua orang lelaki mengakui yang beliau memahami Islam dan perjuangannya itu mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin agama setempat.
“Kami memahami Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin- Islam yang menjadi rahmat seluruh alam. Ketika agama digunakan menyakiti dan menyeksa orang, itu sudah di luar koridor rahmat seluruh alam.
Kami perlu mendidik masyarakat mengenai kaum mak nyah, dan kami harus memberi tekanan kepada kerajaan agar mereka memperakui bahawa kami juga mempunyai hak yang sama,” ujar Shanti.
No comments: