Sharifah Haslinda Datuk Seri Reezal Merican Tak Jadi Cerai
Permohonan cerai terhadap Datuk Seri Reezal Merican ditarik balik oleh Sharifah Haslinda | Pelakon Sharifah Haslinda menarik balik permohonan cerai secara baik terhadap suaminya, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Haslinda selaku plaintif kes tersebut membuat permohonan itu pada Rabu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini menerusi peguam syarie, Ummi Kartini Abd Latiff.
Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin memetik MStar.
Sharifah Haslinda Tarik Permohonan Cerai Terhadap Reezal Merican |
Haslinda atau nama glamornya Lynn dan Reezal bagaimanapun tidak menghadiri prosiding berkenaan.
Peguam Ummi Kartini memberitahu mahkamah, pasangan tersebut bersetuju untuk meneruskan perbincangan dengan lebih lanjut berhubung soal rumah tangga mereka.
Sebubungan itu, plaintif ingin menarik balik perceraian itu dengan kebebasan memfailkan semula kes berkenaan.
Abdul Fattah meluluskan penarikan balik kes tersebut dengan kebebasan memfailkan semula namun atas alasan berbeza.
Terdahulu, Haslinda telah memfailkan perceraian secara baik terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua.
Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Lakonan terbaharu Sharifah boleh ditonton menerusi drama Dhia Sofia di TV3 setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 10 malam.
No comments: