DJ Terkenal Malaysia Tarik Balik Laporan Polis, Tak Nak Kekasih Psycho Kaki Pukul Menganggur
“Walaupun kami dah putus, saya tak mahu tengok dia kena penjara dan tak ada kerja”
Ingat tak kisah pasal Leng Yein, DJ terkenal Malaysia yang tak tahan dengan boyfriend kaki pukul dia minggu lepas tu? Then wanita tu dedah kat Facebook sambil upload gambar kepala dia berdarah-darah kena hentak dengan lelaki psycho nama Peter tu.
Dah la ugut nak dump Leng Yein right before wanita tu masuk operation room for 9 hours, bila dia balik lepas pembedahan tu kena pukul lagi dengan boyfriend gila dia tu. Walaupun boyfriend dia tu peguam dan rapat dengan polis, Leng nekad nak kasi semua orang tahu perangai sebenar lelaki tu.
So lepas tu polis campur tangan dan start buat siasatan pasal kes diorang ni. Tapi dengan tiba-tiba Leng Yein ni tarik balik laporan polis dia tu semalam dan cakap dia tak akan ambil sebarang tindakan undang-undang kat Peter. Eh kau biar betul ni?! Dia pukul kau separuh mati kot!
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, polis bertindak atas laporan tersebut dan panggil Peter ke balai untuk ambil keterangan dia.
“Polis tidak tahan suspek (Peter) selepas dia berikan keterangan, dan Leng Yein juga sudah tarik balik laporan yang dibuat. Buat masa ni kes dah berakhir dan polis tak akan ambil sebarang tindakan lanjut berkenaan kes ini,” kata Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari.
Lepas tu Leng Yein ada tulis satu entri kat Facebook dia dan explain tindakan dia yang mungkin ramai fikir tak masuk akal ni.
“Selain pukul saya, dia tak pernah buat salah pada saya. Saya masih hidup, dan dia dah belajar dari kesilapan dia, dia tak perlu cari saya lagi dan kena jauhkan diri daripada saya sejauh mungkin. Saya cuma nak teruskan kehidupan macam biasa dan harap kami takkan jumpa lagi lepas ni,” kata Leng.
“Memang mustahil untuk kami kembali bersama atau untuk jadi kawan sekalipun. Walaupun kami dah putus, saya tak mahu tengok dia kena penjara dan tak ada kerja.”
Leng Yein jugak ada cakap dia taknak la dakwa ex-boyfriend dia tu sebab tak mau rosakkan masa depan Peter yang masih muda.
Fuh, susah nak jumpa orang macam Leng Yein ni. Orang tu dah buat dia sampai separuh mati, dia still maafkan lagi. Semoga Leng Yein cepat-cepat la sembuh daripada luka dia tu.
Sumber: lobakmerah.com
No comments: