Gambar Romantik Bersama Suami Disebar, Izreen Azminda Mengamuk
Sejak perkahwinannya dengan Ude Wahid, pelakon Izreen Azminda tidak putus menerima cemuhan orang ramai sebagai ‘perampas’ suami. Tidak tahan berdepan dengan kritikan netizen, Izreen mengambil pendekatan untuk tidak berkata apa-apa dan mematikan fungsi di Instagram miliknya.
Walau bagaimanapun, setelah sekian lama berdiam diri, malam semalam aktes itu dilihat ada memuat naik satu entri panjang di akaunnya. Kedengaran seperti dia berang dengan perlakuan seorang individu. Difahamkan, individu tersebut adalah bekas peminat Izreen yang telah mewujudkan sebuah akaun Instagram ditujukan khas untuk membencinya.
‘Lover turn to Hater’
Difahamkan, semalam akaun tersebut telah memuat naik satu gambar menampakkan gambar-gambar mesra Izreen dan suaminya. Malah, ada antara gambar tersebut menunjukkan Izreen tidak bertudung. Dakwa akaun tersebut, gambar-gambar itu diterima dari salah seorang rakan Izreen yang telah ke rumah pelakon tersebut sebelum mereka berkahwin. Biar betul? Gambar tersebut telah pun dipadamkan akaun berkenaan.
Berang dengan pendedahan tersebut, Izreen membidas kembali akaun tersebut dengan menyifatkannya sebagai fitnah. Tulisnya di Instagram:
Diam tidak bererti salah dan takot!
Sudah lama saya diamkan diri sejak isu mengenai pernikahan saya diperdebatkan… Diam tidak beerti salah dan takot.. Cuma memberi ruang utk kesemua pihak yg terlibat memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa.. tapi rupanya tidak sama sekali seperti yg disangkakan!! Malah bertambah teruk..!!!!! Dan terkini tersebar pula gambar peribadi saya dirumah bersama suami yg tidak bertudung… Nama pun kat rumah…takkan nk pakai jubah!!! Bukan gambar diluar!!! Dan telah memfitnah gambar itu diambil sebelum kitaorg berkahwin oleh salah seorang kawan yg dtg kerumah saya..tapi yg peliknya..takdak seorang pun lagi kawan saya pernah jejakkan kaki ke rumah tu..? ker ada manusia yg sejenih gigih duplicate kunci semata-mata untuk masok ke rumah itu dgn niat yang tidak baik ketika saya dan suami tidak ada dirumah… Wow awak sgt hebat…!! Apa yg awak dapat sebenarnya??? Dapat duit???? Dapat kereta? Dapat rumah? Sungguh tidak bermorallllll perbuatan manusia berhati binatang ini..dan untuk ig yg menyebarkan gambar ini..tunggu tindakan selanjutnya yg akan dikenakan keatas anda kerana menjatuhkan maruah saya…dan menyebarkannya disosial media…!!!! Sekarang bukan soal “kalau tak salah takkan melenting”!!! Yg buat melenting ni sbb gambar tu gambar peribadi bersama suami!!! Kalo bini no 2 pun dah kenapa kalau nk amik gambar romantik pun!!! Awak yg gigih sendiri cari gambar tu..awak nk letakkan salah kat sini pulak!!! Busuk punya manusia!! BERDOSA DGN TUHAN..BOLEH GIGIH LAGI SOLAT TAUBAT DAN SEBAGAINYA SELAGI DIBERI PELUANG BERPIJAK DIMUKA BUMI NI!!! DOSA DENGAN MANUSIA..?? MEMBUKA AIB..MENJATUHKAN MARUAH… MEMFITNAH..ATAUPUN MEMBUKA RUANG UTK ORG RAMAI MENCACI DAN MENGKEJI TERHADAP ORG TERSEBUT SECARA TERANG TERANGAN DI SOSIAL MEDIA MACAM MANA??!!!…MERANGKAK LA AWAK RAMAI2 NAK MINTAK AMPUN SELAGI ORG YG DIFITNAH TU TAK MEMAAFKAN TERUTAMANYA YG BERDOSA DENGAN IBU…DENGAN BAPA..ATAUPUN SUAMI..SEKIANNNNN!!!!
Susulan entrinya itu, Izreen ada memuat naik status baru. Membaca iringan kapsyennya, kedengaran seperti pelakon tersebut bakal mengambil tindakan. Tidak pasti apa tindakannya, sama-sama kita nantikan.
Sumber: Instagram Izreen Azminda
No comments: