Orang Yang Suka Cakap Sorang-Sorang Tak Gila, Cuma..
Ada tak di antara kawan-kawan korang yang suka bercakap dengan dirinya sendiri?
Mereka mungkin suka bercakap seorang di hadapan cermin atau apabila menonton drama di televisyen tiba-tiba bila tang babak gaduh, dia punya mengamuk macam dia yang terlibat dalam drama tu.
Jaga-jaga kerana mereka bukanlah gila tetapi menurut penjelasan sains, individu sebegitu adalah insan yang genius!
Mengikut logik akal, mungkin sebab itulah juga kanak-kanak suka berimaginasi dan bercakap seorang seolah-olah dia mempunyai teman. Hakikatnya, ia berlaku kerana proses perkembangan otak mereka sedang aktif membuatkan diri mereka terpengaruh untuk berkomunikasi tanpa sedar dan dalam masa yang sama ‘cepat tangkap’ sekaligus menjadikan mereka bijak. Apa pun yang dilihat dan didengar mereka, mereka akan lekas belajar dan faham.
BUKTI KAJIAN
Seorang pakar psikologi, Gary Lupyan menjalankan satu uji kaji ke atas 20 orang yang dipilih secara rambang. Mereka kemudian ditunjukkan beberapa objek yang ada di pasaraya dan mereka dikehendaki menghafal dan mengingati setiap barangan yang telah ditunjuk agar mudah untuk mereka mencarinya ketika di pasaraya nanti.
Dalam masa yang sama 10 orang wakil daripada 20 orang tadi diminta menyebut perkataan objek yang dilihat manakala yang selebihnya diminta diam tanpa perlu menyebut nama item.
Hasil kajian mendapati, 10 orang menyebut nama objek/item di awal tadi lebih cekap dan cepat mendapatkan barangan di dalam pasaraya berbanding mereka yang tidak menghafal sambil menyebut.
KESIMPULAN KAJIAN
Gary bersama seorang temannya, Daniel Swigley akhirnya membuat kesimpulan bahawa mereka yang suka bercakap dengan dirinya sendiri lebih genius! Ini kerana:-
#1 Dapat Merangsang Otak
Apabila bercakap dengan diri sendiri, secara tidak langsung mekanisme deria anda akan diaktifkan. Keadaan ini akan buat sel-sel dalam otak berhubung apabila mata melihat, mulut menyebut dan telinga mendengar.
Manakala, otak akan proses secara langsung maklumat tersebut dan ia bisa disimpan lebih lama di dalam memori!
#2 Bantu Seseorang Untuk Terus Fokus
Apabila anda menyebut sesuatu perkataan, ia sebenarnya akan bantu anda untuk terus fokus pada pekerjaan yang dilakukan. Sebab itu, kebanyakan guru akan menggalakkan pelajar mereka untuk membaca sambil menyebut sekali ayat-ayat yang dibacanya.
Itu akan bantu mereka untuk ingat dan hafal dengan lebih cepat bahkan otak juga akan terangsang menggambarkan perkara yang disebut sekaligus menguatkan daya ingatan ke tahap maksima!
#3 Memperjelaskan Pemikiran & Keputusan Seseorang
Kita sering bercelaru dengan segala macam pemikiran yang melintas di benak fikiran kan?
Orang yang bercakap dengan dirinya sendiri berupaya mengawal emosi dengan lebih cemerlang sebagai contoh:
Siti sakit hati dan mahu bunuh diri kerana orang sering mengejeknya buruk dan gemuk. Lalu dia bercakap dengan dirinya sendiri “Ish, betul ke apa yang aku buat ni? Aku tak boleh bunuh diri, kalau aku tak cantik sekalipun aku masih ada keluarga yang sayangkan aku”. Pemikiran yang disuarakan terhadap dirinya sendiri itu lalu mengubah perbuatan negatif kepada positif.
Dengar Penjelasan Tentang Individu Yang Suka Bercakap Sorang-Sorang
Sumber: wanista.com
No comments: