Alicia Amin Label Melayu Mundur Selepas Gambar Bogelnya Dikecam
Mesti anda masih ingat lagi perserta Asia’s Next Top Model (ANTM) musim kelima, Alicia Amin atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, 22 tahun.
Baru-baru ini, nama Alicia Amin hangat diperkatakan apabila gambarnya hampir tanpa seurat benang di sebuah laman web yang menjual pakaian dalam tersebar di media sosial lapor BeautifulNara.com.
Sesi penggambaran tepi pantai itu dikatakan diambil di Melbourne, Australia pada tahun 2016 dan Alicia menggayakan koleksi Victoria’s Secret.
Lebih mengejutkan, menerusi laman Twitter miliknya, Alicia meluahkan rasa bangga dengan hasil kerjanya sebagai anak seni dan mengkritik orang Melayu kerana berfikiran mundur.
Sebelum ini, ketika menyertai ANTM, Alicia juga menyurakan bahawa dia tidak akan membaca kritikan tentang dirinya di media sosial.
Walaupun sering mengkritik orang Melayu di laman Twitter, Alicia baru-baru ini berlakon di Slot Akasia TV3 untuk drama Melayu “Meh Sandar Lagi” yang turut dijayakan Aliff Aziz dan Mira Filzah. Lantaran itu, dia diperli dan dikutuk oleh netizen.
Alicia bagaimanapun memberi alasan bahawa dia berlakon untuk drama tersebut adalah sebagai batu loncatan untuk memulakan karier sebagai seorang pelakon.
Katanya lagi, ini antara contoh terbaik mentaliti orang Melayu dan punca Melayu tak maju.
No comments: