Lepas setahun menjadi artis, Haqiem Rusli mampu beli Mitsubishi Lancer secara tunai
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah tahu. Begitulah nasib penyanyi muda, Haqiem Rusli setelah setahun berkecimpung di dalam industri muzik apabila beliau telah berjaya membeli kereta idamannya, Mitsubishi Lancer baru-baru ini.
Apa yang lebih membanggakan adalah penyanyi yang baru berusia itu telah berjaya memiliki kereta idamannya itu secara tunai, tanpa sebarang pinjaman kewangan daripada pihak bank.
Beliau turut berkongsi berita gembira itu bersama-sama dengan peminat-peminatnya dengan memuatnaik beberapa keping gambar ke dalam laman Instagramnya itu.
Alhamdulillah kereta ini dibeli hasil titik peluh saya sendiri dan dibayar secara tunai.
Pada mulanya saya berhasrat untuk membeli kereta sedan jenis Honda City namun ibu saya menyarankan untuk membeli kereta jenis Mitsubishi Lancer.”
Para pengikut Haqiem di laman Instagramnya telah memberikan respons yang positif berkenaan berita ini dengan rata-rata mereka memuji Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli itu kerana pandai mengatur kewangannya.
Menurut Haqiem, beliau melihat ramai artis popular yang gagal merancang kewangan dengan baik membuatkannya lebih berhati-hati dan menjadikannya sebagai teladan.
No comments: