12 Rahsia Pada Semua Kenderaan Yang Ramai Tak Tahu
Zaman sekarang, ramai orang mampu untuk memiliki lebih daripada sebuah kenderan di rumah, tetapi rata-ratanya ramai di antara mereka yang belum tahu akan beberapa buah rahsia mengenai kenderaan mereka.
1. Hilangkan Kesan Calar Pada Cat
Jika kereta anda mempunyai kesan calar pada badan kenderaan, anda boleh menghilangkan kesan calar itu dengan menggunakan pengilat kuku yang mempunyai warna yang sama dengan warna kenderaan anda.
2. Hilangkan Kesan Calar Pada Cermin
Apabila terdapat kesan calar pada cermin tingkap kenderaan, anda boleh menggunakan pengilat kuku yang lutsinar. Walaupun kesan calarnya itu tidak hilang sepenunya, tetapi sekurang-kurangnya kesan calar itu tidak akan membesar lagi.
3. Stering Panas
Apabila keadaan cuaca sangat panas, stereng kereta akan jadi panas. Anda boleh menterbalikan keadaan stereng untuk mengelakkan tangan anda dari terpegang benda panas.
4. Sinaran UV
Sifat arkilik yang mudah untuk menyerap cahaya ini menjadikannya sebagai bahan yang paling bagus untuk menyerap sinaran UV. Caranya mudah saja, tampalkan sehelas kertas akrilik pada permukaan cermin depan cermin kereta. Langkah ini dapat melindungi mata dari sinar UV.
5. Rasa Mual Dan Pening
Jikalau anda berasa pening apabila menharungi perjalanan yang panjang, anda boleh meletakkan selembar daun salam di lidah. Daun salam ternyata mengandungi bahan yang boleh menenangkan saraf dan juga perut
6. Simpan Penyepit Baju Dalam Kereta
Kalau anda ingin menyimpan cermin mata, anda boleh menggunakan penyepit baju untuk mengelakkan dari jatuh.
7. Hilangkan Rasa Mengantuk
Memandu dalam keadaan mengantuk boleh menyebabkan kemalangan. Untuk mengatasi perkara ini anda boleh menggunakan sepotong lemon dan letakkan di bawah lidah. Cara ini seperti minum secawan kopi. Tetapi elakkan dari memandu ketika mengantuk.
8. Buang Sampah
Kereta anda perlulah mempunyai pembalut kuih kuih di tempat minuman, Jika terdapat sampah kecil akan jadi lebih mudah untuk dibersihkan.
9. Bola Tenis
Gantungkan bola tenis di dalam garaj. Apabila kereta anda melanggar bola itu, itu menunjukkan anda perlu berhenti kerana ia sudah begitu hampir dengan dinding. Ini memudahkan lagi pemanduan anda dalam memparkir kenderaan
10. Memeriksa Minyak Hitam
Anda boleh memeriksa minyak hitam dengan cara ini:
√ Panaskan kereta anda selama 5-10 minit kemudian matikan enjin. Buka bahagian depan kereta dan ambil beberapa titis minyak ke atas kertas putih. Simpan kertas putih tadi di tempat yang panas. Tunggu selama 2 jam dan lihat hasilnya.
√ Sekiranya warna sekata, ini bermakna tiada kandungan air di dalam minyak tersebut dan minyaknya itu bagus.
√ Sekiranya di bahagian tengah kertas terdapat bahagian gelap maknanya minyak itu sudah kotor.
√ Dan apabila terdapat logam di atas kertas tersebut, anda menggunakan minyak yang berkualiti rendah. Apabila terdapat lingkaran coklat itu bermakna terdapat beberapa partikel dalam minyak yang tidak larut dan kamu perlu menggantikannya.
11. Anda boleh menguji kualiti minyak petrol dengan cara ini
Letak sedikit petrol di atas kertas putih kemudian tiup kertas tersebut. Biarkan selama beberapa saat. Jika kertas itu menjadi putih semula maknanya petrol yang digunakan baik kualitinya dan jika masih meniggalkan kesan maknanya petrol itu mengandungi minyak tanah.
Jika anda mahu lihat kualiti petrol anda mempunyai air atau tidak dengan cara tuangkan sedikit petrol ke dalam botol dan tambahkan sedikit larutan mangan. Jikalau larutan mangan itu boleh larut dalam petrol dan bertukar warna ungu atau merah bermakna terdapat air yang ditambah di dalam petrol
12. Kurangkan Haba Panas Dalam Masa Singkat
Apabila anda parkir kenderaan di bawah panas terik, anda boleh mengurangkan haba dengan cara membuka satu pintu hadapan kereta dan satu tingkap. Buka pintu dari arah bertentangan untuk membuatkan kereta anda kurang haba panasnya.
No comments: