Pemilik Gym Yang Sado Ini Bukanlah Seorang Lelaki, Tetapi Sebenarnya Seorang Wanita
Di Thailand, terdapat ramai orang yang telah melakukan penukaran alat kelamin bagi memenuhi kehendak nurani mereka.
Namun di Malaysia, meskipun golongan yang bergelar transgender ini tidaklah seramai di negara jiran kita, namun, bilangan mereka yang signifikan turut mendapat perhatian netizen tempatan.
Berbeza dengan Sajat, pemilk gimnasium Muszel Warrior yang terletak di bandaraya Ipoh ini mungkin berbeza dengan rakan-rakan transgender yang lain.
Dikenali sebagai El Lye, beliau mungkin layak untuk digelarkan sebagai wanita yang paling sado sekiranya tidak di rantau Asean, sekurang-kurangnya di Malaysia.
Seperti pemilik-pemilik gimnasium yang lainnya, El Lye sangat menggemari sukan bina badan. Maka tidak hairanlah sekiranya beliau memiliki otot-otot yang besar seperti seorang lelaki, sehinggakan ramai lelaki yang mencemburi dengan bentuk badan El Lye yang sasa itu.
Transformasi tubuh El bermula semasa dia mengambil steroid untuk membantuk pembentukan otot-ototnya. El hanya menggunakan steroid untuk jangka masa yang pendek kerana dia tahu akan akibat buruk jika menggunakan pada masa yang lama.
Jika dilihat susuk tubuhnya dari atas hingga bawah tiada siapa akan menyangkakan bahawa dia seorang wanita. Berat badan El melonjak dari naik 42kg ke 62kg. Kenaikan berat badannya itu bukan disebabkan lemak sebaliknya disebabkan oleh penambahan otot pada tubuhnya.
Obsesinya terhadap minatnya itu telah memusnahkan hubungan percintaan dengan bekas kekasihnya yang mampu bertahan selama 7 tahun.
Mengikut laporan Free Malaysia Today, El tidak pernah melakukan apa-apa jenis pembedahan malah suaranya memang seperti lelaki sejak dari kecil lagi.
Oleh sebab itu, El lebih suka menggunakan tandas lelaki daripada tandas wanita. Beliau pernah mengaku apabila dia masuk ke dalam tandas wanita, wanita di sana akan terkejut dan berteriak. Gimnasium miliknya itu telah dibuka pada tahun 2007. Slogan yang dipakai ialah “Go Hard or Go Home” melambangkan kesungguhannya untuk mencapai sesuatu yang beliau inginkan.
No comments: