Header Ads

"Zimbabwe Today Is Malaysia Tomorrow"

"Zimbabwe Today Is Malaysia Tomorrow"

Apa yang saya tulis di bawah ini adalah dari pengalaman yang saya lalui selama 20 tahun di Zimbabwe. Mungkin banyak kekurangan dari segi ‘facts and figures’ tetapi dari apa yang sedang berlaku di sini, banyak persamaannya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan China terhadap Zimbabwe melalui Government-Linked Companies mereka.

Tidak mustahil tidak lama lagi perkara yang sama berlaku di negara kita. Na’uzubillah.

China telah lama “melabur” dalam pelbagai projek infrastruktur di Zimbabwe sejak tahun 1980 dengan nilai sebanyak USD 5 bilion.

Antara puluhan projek China di Zimbabwe yang menarik perhatian saya adalah pada tahun 2012, di mana China “membantu” membaikpulih rel kereta api di Zimbabwe.

Selepas 4 tahun projek kereta api itu bermula, pada hari ini China telah berjaya mengawal 80% dari ekonomi dan pentadbiran negara Zimbabwe dan menjadikan Zimbabwe seperti sebuah koloninya di benua Afrika.

Baru-baru ini, matawang Yuan telah dijadikan matawang rasmi di Zimbabwe apabila China mengecualikan pembayaran balik hutang sebanyak USD40 juta kepada negara tersebut.

Zimbabwe Today Is Malaysia Tomorrow

Ternyata penjajahan bentuk baru bukan lagi secara ketenteraan, tetapi berlaku secara penaklukan ekonomi oleh kuasa besar dunia terhadap sebuah negara yang lemah pengurusan ekonominya. Rakyat Zimbabwe terpaksa menanggung akibat dari kesilapan dan kelemahan pentadbiran kerajaan mereka yang dipimpin oleh Robert Gabriel Mugabe.

Barang dijauhi Allah, Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari apa yang sedang berlaku sekarang, musibah yang sama akan melanda kita sekiranya kita tidak mengambilnya Zimbabwe sebagai iktibar dan belajar dari kesilapan itu.

Zimbabwe is the only country in the modern world, not having her own currency. Zimbabwe is a Multiple Currencies Economy country since 2003 where US Dollar is a denominator. Worst part is, not only unacceptable by her neighbouring countries, the Zim$ not even desired by the Zimbabwean itself.

Ketika inilah China mencurahkan pelaburannya dengan membina lapangan terbang baru, membaikpulih lebuhraya, bandar baru ber-ala China dan perkampungan China sehinggakan terwujud Little Beijing in Harare. Penduduk Cina di seluruh Zimbabwe lebih kurang 80-90 ribu orang. Hampir sama dengan the ‘borne and bread whites’ di negara tersebut.

Rakyat China yang berkerja di Zimbabwe dan rakyat tempatan yang berkerja dengan syarikat China dibayar menggunakan Remimbi atau Yuan. Terdapat juga emas dan logam dari penduduk tempatan dibayar menggunakan Remimbi dan adakalanya dibayar menggunakan barang-barang peralatan rumah buatan China yg inferior kualitinya.

Zimbabwe Today Is Malaysia Tomorrow

70% rakyat Zimbabwe adalah terdiri peasant atau kaum tani. Mereka sudah jemu untuk ambil peduli ‘apa yang betul’ dan ‘apa yang salah’ yang dilakukan oleh kerajaan mereka. Tiba masa mengundi, mereka mengundi. Apa yang mereka perlu ialah air yang cukup bukan Mugabe.

Mereka akan menikmati ‘bumper harvest year’ pada bulan Jun kalau cukup hujan bulan Januari. Mereka bukan tidak tahu kezaliman Mugabe yang selama ini merosakkan negara, tetapi mereka dah sampai ke tahap benci untuk berbuat sesuatu.

Jangan ketawakan saya. Apa yang saya alami dari tahun 1995 hingga sekarang iaitu 20 tahun lamanya sedang berlaku di negara kita ini.

Our country is berserk. Jika 1MDB tidak diselesaikan kita akan jadi mangsa America. Sekarang ini, apa yang Najib cuba lakukan ialah “cuba keluar dari mulut Buaya (Amerika) dengan mengunakan kuasa Naga (China)”.

Dalil-dalil yang negara kita menjejaki Zimbabwe telah banyak berlaku dan banyak lagi akan berlaku dalam masa yang amat pantas.

Contoh:

√ Apabila banyak cawangan bank ditutup, money changers akan mengikuti dan foreign currencies seperti USD akan sukar didapati. Black market yg taboo kepada Bank Negara akan muncul.

√ Budget negara ditipu adalah salah satu daripadanya. Kerap berlaku di Zimbabwe.

√ Kerajaan menarik subsidi meyebabkan barangan dapur bertambah mahal.

√ Tidak mustahil Felda akan dimiliki syarikat China dengan hanya membeli share FGV dan tidak mustahil jika minyak sawit didagangkan dgn Remimbi. Peneroka Felda akan dibayar dengan matawang China.

√ Kedai 1Msia akan dipenuhi dengan barangan buatan China di mana mutunya substandard dan inferior.

Sumber: Adaptasi daripada Took Boom

Adakah kita mahu menjadi seperti gambar di atas baru kita terfikir? Masih belum terlambat..anda mampu mengubahnya!

No comments:

Powered by Blogger.