Inilah 11 Fungsi Aplikasi WhatsApp Yang Dirahsiakan
Selain Facebook, aplikasi Whatsap sudah menjadi sebuah aplikasi yang wajib dimiliki oleh semua pemilik telefon pintar sekarang ini. Meskipun sudah bertahun-tahun memiliki aplikasi ini, kami percaya tidak ramai yang tahu mengenai 11 rahsia disebalik aplikasi yang popular ini.
11. Menjadi Halimunan
Tidak mahu diganggu tetapi status Whatsapp anda menunjukkan anda sedang online?
Android: Menu > Settings > Account > Privacy
Ubah ‘personal data visibility’
iOS: Pergi ke Settings, pergi ke laman ‘Privacy’
10. Tulisan Istimewa
Tebal, condong, ataupun dipotong. Tambah simpol sebelum dan selepas ayat. Cara menaipnya adalah seperti berikut:
Tebal : *ayat*
Condong: _ayat_
Dipotong: ~ayat~
9. Menghantar Mesej Kepada Lebih Dari Seseorang Tanpa Membuat Grup Yang Baru
Caranya: Pilih Chats > Menu > New broadcast
Seterusnya, pilih individu-individu yang akan menerima mesej anda itu nanti.
Mereka akan menerima mesej anda seperti biasa.
8. Bagaimana Untuk Tahu Anda Di-‘Block’
Tanda-tandanya adalah seperti yang berikut:
– Anda tidak dapat lihat bila masa terkini mereka berada di atas talian
– Gambar profilnya tak dipaparkan
– Mesej yang dihantar hanya ditanda sekali(dihantar tetapi belum diterima)
– Tidak boleh memasukkan individu tersebut dalam kumpulan bermesej
Kemungkinan juga mereka hanya menukar privasi pada tetapan aplikasinya.
7. Muat Turun Secara Automatik
Sayangkan data anda yang berharga itu? Anda kini boleh memilih untuk menukar tetapan muat turun secara manual sahaja. Caranya:
Android: Settings > Data Usage
Buat pemilihan mengikut cara anda
iOS: Settings > Data and Storage Usage > Media
6. Mengenalpasti Nombor Palsu
Ramai orang boleh menggunakan ‘nombor percuma’ atau menggunakan aplikasi istimewa untuk pengaktifan dengan SMS. Jika anda tidak pasti, cuba menelefon nombor tersebut. Nombor ‘free’ sementara biasanya tiada atas talian.
5. Bunyi Mesej Suara Diperlahankan
Letakkan sahaja telefon anda pada telinga seperti anda mengangkat panggilan. Penggunaan pembesar suara luaran akan bertukar kepadapembesar suaradalaman, seperti panggilan telefon biasa, dengan secara automatik.
4. Mencari Mesej Penting Dengan Cepat Dan Mudah
Jika ada mesej penting perlu anda dicari semula pada masa akan datang, pilih mesej tersebut dan hanya tekan butang berbentuk bintang. Dengan cara ini, anda hanya perlu mencarinya semula pada ‘Starred messages’, pada ruangan menu.
3. Cara Ketahui Jika Terdapat Orang Lain Yang Membaca Mesej Kita
Buka menu, lalu tekan ‘Whatsapp Web’. Jika terdapat kod QR pada komputer anda, dan anda boleh buka aplikasi Whatsapp telefon anda di komputer, tiada masalah, dan tiada yang membaca mesej anda. Walaubagaimanapun, perkataan ‘Computers’ dipaparkan, ia bermaksud terdapat orang lain yang telah membuka mesej anda pada peranti elektronik yang lain.
2. Mendapat Ciri-Ciri Whatsapp Lebih Awal Daripada Orang Lain
Untuk dapat akses awal kepada ciri-ciri baru aplikasi ini? Buka laman beta Whatsapp daman tekan butang ‘Become a tester’.
1. Mesej ‘Bubble’
Dengan menggunakan aplikasi WhatsappBubbles, gambar kecil individu yang baru sahaja menghantar mesej kepada kita akan dipaparkan pada skrin telefon.
(Baca: 20 Trik Hebat iPhone Yang Apple Rahsiakan)
(Baca: 20 Trik Hebat iPhone Yang Apple Rahsiakan)
No comments: