Wanita, Carilah Lelaki Berjambang Kerana Mereka Lebih Setia Dalam Percintaan
Bertuahnya badan kalau kamu mempunyai pasangan yang berjanggut. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Barnaby Dixson di dalam Journal of Evolutionary Biology, lelaki yang berjanggut dilihat lebih setia dalam menjaga komitmen perhubungan berbanding mereka yang tidak berjanggut.
Kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang telah dilakukan selama tempoh eksperimen berlangsung. Lelaki berjanggut memiliki karakter maskulin dan feminin yang seimbang, di mana dua karakter tersebut membuatkan ramai wanita jatuh hati dan terpikat.
Menurut sebahagian responden wanita, mereka tidak suka kepada pasangan yang terlalu feminin atau maskulin. Selain itu, kehadiran janggut juga dapat mengeluarkan hormon testosteron yang membuatkan ramai wanita tergila-gila.
Namun begitu, bagaimana pula dengan lelaki yang tidak berjanggut? Berdasarkan kajian ini juga, lelaki yang mencukur licin pada sekitar bahagian rahang dan dagu, mereka cenderung untuk berlaku curang kepada pasangan.
Karakter lelaki berjanggut dilihat dapat menampilkan aura misteri yang membuatkan ramai wanita menjadi angau. Kajian yang melibatkan 8520 orang responden wanita ini memilih untuk memiliki pasangan berjanggut bagi hubungan jangka masa panjang dan untuk dijadikan suami.
Wah, selepas baca artikel ni mesti ramai abang-abang dekat luar sana tu nak simpan janggut kan?
Sumber: Karangkraf
No comments: