Rupanya Dengan Handphone, Anda Boleh Jadi 'Spy'. Ini Caranya.
Boleh dikatakan, hampir kebanyakkan orang sekarang ini memiliki telefon pintar. Namun kurang daripada separuh jumlah keseluruhan pengguna-penguna telefon pintar ini memaksimakan penggunakan telefon pintar yang dimiliki mereka.
Selain daripada mengambil gambar dan bermedia sosial, terdapat pelbagai fungsi-fungsi lain yang boleh membuatkan anda berasa seperti menjadi seorang perisik.
1. Night Vision
Dengan bantuan aplikasi seperti ‘Night Eyes FREE’, kamera telefon anda kini sudah memiliki fungsi night vision. Kini tiadalah masalah sukar mencari barang ketika berada di dalam kegelapan.
2. Paparazzi
Semasa headphone dipasang pada telefon pintar, anda boleh mengambil gambar dengna hanya dengan menekan butang pada headphone sahaja. Cubalah sendiri. Walau bagaimana pun, fungsi yang cool ini hanya untuk pengguna iOS sahaja.
3. CCTV Peribadi
Muat turun aplikasi ‘Surveillance App’ dan anda kini dapat menukarkan telefon pintar anda kepada sebuah kamera CCTV. Aplikasi tersebut juga mempunyai ciri yang boleh menghantar amaran kepada anda sekiranya terdapat sebarang bunyi ataupun pergerakan.
4. Pisau Kad Kredit
Benar yang ini memang tidak kaitan langsung dengan telefon pintar, tetapi fungsinya yang cool ini memang tidak dapat dinafikan. Lekatkan sahaja pada kulit penutup telefon anda. Jika anda tiba-tiba berada dalam situasi berbahaya, ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.
5. Alat Kawalan Jauh Komputer
Aplikasi ‘VNC Viewer’ ini membolehkan anda mengawal komputer anda dari skrin telefon pintar anda. Apa sahaja yang dibuat pada komputer anda akan dapat lihat pada telefon pintar anda juga.
6. Kawalan Dengan Lambaian Sahaja
‘Wave Control’ merupakan aplikasi yang membolehkan anda mengangkat panggilan dan mengakses telefon anda dengan hanya melambaikan tangan anda di hadapan skrin telefon tanpa perlu untuk menyentuh skrinnya.
7. Melayari Internet Tanpa Dijejaki
Jika anda tidak mahu dijejaksi semasa melayari mana-mana laman-laman web yang anda buka, aplikasi ‘Hide My Ass!’ dapat membantu anda dengan memberi anda ‘alamat’ supaya anda tidak boleh dijejak oleh pelayar internet anda.
8. Jangan Sentuh Telefon Saya
Aplikasi ‘Don’t Touch My Phone’ memberi amaran kepada anda dan mereka yang cuba untuk mengakses telefon anda dengan mengeluarkan bunyi kuat. Anda boleh memilih bunyi untuk digunakan.
9. Nombor Kedua
Aplikasi ‘Sideline’ memberi ciri tambahan nombor telefon yang kedua tanpa memerlukan anda membeli kad sim yang baru.
No comments: