Inilah 10 Bangunan Pencakar Langit Yang Gagal Dibina
Antara faktor yang mengagalkan perancangan pembinaan bangunan ini adalah kekurangan dana, bencana alam, pergolakan politik dan macam-macam hal lagi masalah dunia.
1. Nakheel Tower
Bangunan ini terletak di Dubai, dengan tinggi puncak dirancang mencecah sehingga 1 Km. Pembinaan dimulai pada tahun 2008, namum projek terhenti selepas setahun.
2. India Tower
Bangunan ini dirancang menjadi bangunan pencakar lagit di tengah-tengah kota Mumbai, India. Di bina pada tahun 2010, dan projek terhenti pada tahun 2011, selepas setahun pembinaan.
3. Russia Tower
Tapak bangun ini terletak di Moscow, kerja-kerja pembinaan diberhentikan pada tahun 2008, dan tapak pembinaan kini telah dijadikan sebagai tempak meletak kenderaan oleh penduduk setempat.
4. Chicago Spire
Bangunan ini sepatutnya megah berdiri di bandaraya Chicago dengan ketinggian mencecah 2000 kaki, namum disebabkan krisi kewangan, bangunan ini tidak disiapkan.
5. Doha Convention Center Tower
Percubaan Doha untuk menyaingi negara jirannya gagal, apabila projek yang mula dibina sejak tahun 2007, diberhentikan selepas 5 tahun pembinaan, iaitu pada tahun 2012.
6. Burj Al Alam
Salah satu projek mega di Dubai ini bermual pada tahun 2009, namum malangnya kerja pembinaan berhenti pada tahun yang sama, faktornya adalah ekonomi Dubai yang kurang menberansangkan serta masalah dengan pekerja asing.
7. Palace of Soviets
Projek ini adalah idea daripada Joseph Stalin untuk dibina di kota Moscow. Ia mula dibina pada tahun 1937, dengan harapan untuk menjadi bangunan tertinggi di dunia menewaskan Eiffel Tower. Namum bangunan ini terbengkalai pada tahun 1941 disebabkan Perang Dunia ke-2 meletus.
8. Lam Tara Tower 1
Ini satu lagi projek gajah putih di Dubai. Dalam perancangan bangunan ini ingin dibina 454 meter, mula dibina pada tahun 2008. Dan pembinaan terhenti 2 tahun selepas itu.
9. Lighthouse Tower
Nyata sekali krisi ekonomi di Dubai begitu teruk, sehinggakan beberapa prjek mega mereka terpaksa di berhentikan. Termasuklah bangunan yang sepatutnya berketinggian 402 meter ini, ia dibina pada 2009 dan diberhentikan pembinaan pada tahun yang sama.
10. Fairwell International Center
Bangunan ini direka untuk menaikkan nama China dimata dunia, ia dibina di Xiamen. Namum pembinaan terhenti pada tahun 1997, dalam perancangan bangunan ini apabila siap ketinggiannya mencecah 397 meter.
No comments: