Header Ads

Pendedahan Eksklusif Tentang Apa Yang Berlaku Sebelum Menara Petronas KLCC Dibina

Pendedahan Eksklusif Tentang Apa Yang Berlaku Sebelum Menara Petronas KLCC Dibina

Sebelum ada yang kini, sudah tentunya ada asal yang lama. Begitulah juga kisahnya dengan tapak berdirinya mercu tanda pencakar langit bandaraya Kuala Lumpur, sebelum megahnya berdiri Menara Berkembar Petronas pada suatu masa dahulu di sini adalah tapak padang lumba kuda (Selangor Turf Club).

Ini Yang Berlaku Sebelum Menara Petronas KLCC Dibina. Berbanggalah Anda Menjadi Rakyat Malaysia!

Sejarah Pembinaan Menara Petronas KLCC Malaysia

Pada 1 Mac 1993, menjadi sejarah buat negara apabila kerja-kerja mengali lubang diatas bekas padang lumba kuda ini bermula. Lebih kurang 500 buat trak mengangkut tanah keluar masuk siang dan malam, kerja mengorek tanah sehingga sedalam 30 meter (98 kaki) untuk dijadikan tapak yang kukuh buat KLCC

Sejarah Pembinaan Menara Petronas KLCC Malaysia

Maka lenyaplah lagenda kelab lumba kuda, dan gah bangkit berdirinya Menara Berkembar Petronas yang pernah memegang rekod bangunan tertinggi di dunia daripada tahun tahun 1998 hingga 2004. Walaupun kini tak lagi menjadi bangunan yang tertinggi, namum masih berbangga dengan rekod bangunan berkembar yang tertinggi di dunia.

Sejarah Pembinaan Menara Petronas KLCC Malaysia

Setinggi-tinggi bangunan berkembar ini, kita dapat lihat bertapa tingginya cita-cita Tun M pada masa itu untuk memajukan Malaysia. Pada masa itu projek mega ini telah melonjakkan nama Malaysia di mata dunia. Kini sayup-sayup kita dapat lihat harapan itu tergantung di puncak 451.9 m daripada aras laut.

Sejarah Pembinaan Menara Petronas KLCC Malaysia

Sejarah Pembinaan Menara Petronas KLCC Malaysia

Sejarah Pembinaan Menara Petronas KLCC Malaysia

Sejarah Pembinaan Menara Petronas KLCC Malaysia

Sebelum kau melalut panjang, mari kita layan gambar-gambar lama sebelum KLCC mengambil alih tumpuan kawasan ini.

Sejarah Pembinaan Menara Petronas KLCC Malaysia
Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

Sejarah Pembinaan Menara Petronas KLCC Malaysia
Lokasi padang lumba kuda sebelum KLCC di bina

Sejarah Pembinaan Menara Petronas KLCC Malaysia
Lokasi padang lumba kuda sebelum KLCC di bina

Perkongsian Netizen berkenaan Tapak KLCC lama


Sejarah Pembinaan Menara Petronas KLCC Malaysia

Pembinaan menara KLCC ini merupakan cabaran pembinaan yang luar biasa, di mana masalah yang mendatang tidak dijangka telah mengugut projek mega itu. 

Mereka membinanya di pusat kawasan monsun, tapak pembinaan bukan diperbuat daripada batu batan tetapi mendapan yang tidak stabil. 

Menara itu bukan bergantung kepada keluli ringan tetapi konkrit.

Projek yang berisiko besar dengan jadual yang penuh cita-cita.

“Daripada lima negara Asia tenggara, Malaysia merupakan negara yang paling kurang dikenali. Jadi untuk memberitahu dunia bahawa kami di sini, kami perlukan sesuatu yang menakjubkan dan saya rasa menara tinggi(KLCC) boleh memberikan jawapan itu,” – Tun Dr. Mahathir

No comments:

Powered by Blogger.